Kelas Mengaji Dewasa

Khas Untuk Orang Dewasa Yang Celik Rumi Tapi Buta Al-Quran

Kuasai Bacaan Al-Quran Seawal 7 Jam Dalam Kelas Mengaji Dewasa Kaedah Haraki

“Kaedah Haraki satu perkara yang MAGIC, boleh baca Al-Quran dalam masa 7 Jam walaupun dari ZERO (tak tahu apa-apa)”
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Antara Kesusahan Yang Dihadapi Orang Dewasa Bila Nak Belajar Mengaji

Malu sangat bila dah berusia tapi masih merangkak nak baca Al-Quran. Sebenarnya ramai orang dewasa yang tercari-cari kat mana boleh belajar mengaji, tapi antara isu yang selalu dihadapi adalah:

Tak Kenal Huruf

Tak kenal huruf dan lidah rasa keras untuk baca sebutan dalam Al-Quran.

Keliru Huruf Bersambung

Sering tertukar huruf dan bunyi sebab bentuk lebih kurang sama.

Keliru Tajwid

Selalu langgar je bila baca Al-Quran, tak pasti panjang pendek dalam Al-Quran.

Mengaji Merangkak

Ambil masa yang lama ketika mengaji sebab asyik tersekat-sekat.

Tak Kena Dengan Waktu

Susah nak cari kelas yang ikut masa lapang sendiri, kerja pun banyak.

Jauh Nak Pergi

Kelas mengaji selalu jauh, rasa berat nak pergi bila penat.

Malu Sebab Baru Belajar

Segan nak belajar depan orang ramai, lagi-lagi kalau baru mula kenal huruf.

Rasa Terkejar-kejar

Guru cepat sangat ajar, tak sempat nak hadam betul-betul.

Kami Faham Perasaan Anda

Bila dah dewasa ni, nak belajar mengaji memang boleh buat kita rasa berat hati. Tapi bila renung balik, takkan kita nak biar je diri tak pandai mengaji. Takut nanti menyesal di kemudian hari.

Kadang-kadang kita masih belum boleh mengaji bukan bermakna kita tak boleh, tetapi mungkin disebabkan oleh kaedah yang salah dan membebankan.

Mari kami bantu anda untuk lebih yakin mengaji Al-Quran dengan betul dan bertajwid. Memperkenalkan, kelas mengaji online khas untuk orang dewasa yang zero Al-Quran.

Ramai dah berjaya! Malah, kaedah ni dah bantu Mualaf dan Orang Asli baca Al-Quran dengan yakin dalam masa sesingkat 8 jam je.

Ini Jaminan Kami

Lebih 6,000 Orang Dewasa Yang Zero Al-Quran Berjaya Pandai Mengaji Dengan Kaedah Haraki

Kaedah Haraki ini akan membantu anda memahami betapa mudah dan cepat untuk anda boleh baca Al-Quran walaupun anda Buta Al-Quran. Malah, Mualaf dan Orang Asli pun boleh baca Al-Quran dengan yakin dalam masa sesingkat 8 jam dengan menggunakan Kaedah Haraki.

Sebelum kenal Haraki, saya memang tahu huruf, tapi sebutan tu tak yakin. Huruf macam Sod dan Zo kadang saya tersasul, jadi macam “zohor” atau “tolak”. Sod dan Dod pula kadang terbalik, sampai saya ingat sotong atau doremon! Tapi lepas belajar Haraki, Alhamdulillah, jadi mudah. Bila tersekat,
saya ingat balik tips yang diajar, terus boleh sambung. Sekarang, Alhamdulillah, saya dah boleh baca al-Quran sendiri di rumah. Walaupun ada kesalahan kecil, saya rasa lebih yakin sebab dah ada asas. Kaedah Haraki ni betul-betul membantu saya. Syukur sangat!

Siti Noraida

Saya pernah belajar sedikit-sedikit sendiri, tetapi akhirnya berhenti kerana tiada guru yang
membimbing saya secara konsisten. Kini, dengan teknologi moden, kita dapat belajar secara jarak jauh dengan guru melalui sesi dalam talian, yang sangat memudahkan. Alhamdulillah, saya akhirnya mencuba kaedah Haraki selama 4 minggu. Dalam tempoh itu, saya mula mengenal huruf dan akhirnya mampu membaca Al-Quran. Saya sangat terkejut betapa mudahnya proses belajar ini, sehingga saya tertanya-tanya, “Kenapa dulu aku tidak boleh baca?”. Kaedah ini benar-benar berkesan, terutama untuk mereka yang buta Al-Quran tetapi mampu membaca rumi.

Zulkiflee

Alhamdulillah, saya mula kenal huruf, mula faham tajwid, dan sekarang dah boleh baca al-Fatihah dengan betul. Dulu, nak bezakan huruf pun keliru, tapi sekarang saya rasa nikmat sangat bila boleh baca walaupun masih merangkak-rangkak. Yang best, kaedah Haraki ni macam ada akar kuat – bila kita faham asas, terus mudah nak follow. Dalam masa 3 bulan, saya dah boleh buka al-Quran dan baca sikit-sikit. Secara tak langsung, saya juga mula boleh baca jawi, walaupun sebelum ni memang fail.

Puan Mazuna

Statistik Terkini Haraki

Bersama Memandaikan Umat Islam Membaca Al-Quran

9+

Beroperasi Lebih dari 9 tahun

6000+

Pelajar yang telah berjaya

4.9+

Bintang di Google Reviews

4+

Penampilan di Stesen TV

Apa Yang Membezakan Kelas Mengaji Dewasa Kaedah Haraki Dengan Kelas-Kelas Mengaji Yang Lain?

Belajar Al-Quran kini lebih mudah, cepat, dan menyeronokkan dengan kaedah Haraki. Kami berhasrat untuk membantu golongan dewasa yang belum sempat menguasai bacaan Al-Quran, tanpa rasa tertekan atau takut. Dengan pendekatan yang praktikal dan unik, kami yakin setiap individu mampu mendekati Al-Quran dengan lebih yakin dan mudah.

Teknik Total Physical Response (TPR)

Teknik Haraki mudahkan belajar – tak payah hafal hukum, cuma ikut gerakan dan teknik.

Kaedah Unik, Cepat Faham

Tak perlu menghafal hukum tajwid atau rasa pening nak ingat teori. Belajar rasa ringan dan seronok.

Belajar Dalam Kumpulan Kecil

Nikmati pembelajaran yang lebih fokus dan santai dalam kumpulan kecil (8-15 orang).

Jaminan Pulangan Wang

Jika anda tidak boleh mengaji dalam masa 2 bulan, kami akan pulangkan wang anda.

Keberkesanan Kaedah Haraki Diiktiraf

Senarai – senarai augerah yang telah dimenangi oleh Haraki

Dari Meja Pengasas Haraki

Tuan Puan yang dihormati,

Saya ingin bantu anda untuk atasi masalah yang dihadapi. Dengan kemahiran dan pencapaian yang saya seperti memenangi beberapa pingat emas dalam pertandingan inovasi antarabangsa 2013/2015/2016/2018 dan terkini menerima Anugerah E-Branding Awards 2020 untuk KOHUZ. Lebih 4000+ telah kami bantu contohnya mualaf dan orang asli. Alhamdulillah mereka telah pandai baca Al-Quran dengan bertajwid.

Saya akan bimbing anda untuk betulkan makhraj huruf hijaiyyah dengan menggunakan pendekatan yang mudah dan santai.

Saya berharap agar kelas online ini dapat bantu anda baca Al-Quran dengan betul dan lebih yakin. Anda juga boleh ajar anak-anak betulkan bacaan Al-Quran.

Paling penting kita boleh baca Al-Quran dengan betul dan bertajwid kerana:

  • Merupakan ibadah yang besar dan pahala yang berlipat ganda.
  • Boleh selamatkan kita semasa di alam kubur nanti dan jadikan peneman kita.

Dr Hj Zakaria Nasarudin
Pengasas Haraki

Pakej Kelas Mengaji Dewasa Kaedah Haraki

Kelas Intensif Kaedah Haraki

  • Belajar dalam kumpulan kecil (8 – 15 orang sahaja)
  • 4x sesi pembelajaran setiap bulan (2 jam / sesi).
  • Diasingkan mengikut tahap bacaan.
  • Rakaman kelas disediakan untuk ulangkaji dan rujukan selepas kelas.
  • Jaminan 2 bulan boleh baca Al-Quran untuk yang zero.
  • BONUS Percuma ( Sesi Live Mengaji Santai Tapi Santai ) bersama tenaga pengajar Haraki setiap pagi.
  • BONUS Percuma Al-Quran Wakaf Ibtida’ saiz A4 (untuk pilihan bayaran lumpsum sahaja)

Yuran Pendaftaran

RM100

Yuran Bulanan

RM350

Lumpsum 4 Bulan

RM1,400 RM1,200
(Jimat RM200 + Percuma Al-Quran dan Sesi Live)

Kelas Trial Kaedah Haraki

Teringin nak belajar kaedah Haraki tapi just nak cuba-cuba dulu? Boleh.. Sertai KELAS TRIAL KAEDAH HARAKI secara online. Anda akan rasai suasana sebenar dalam kelas Haraki dan faham betapa mudah dan cepatnya untuk pandai baca Al Quran bertajwid. Tak perlu bertahun dah untuk pandai mengaji. Shortcut untuk anda 💪🏻🔥

Yuran Kelas: RM9.90

Sebulan Sudah Boleh Membaca dan Menghayati Al-Quran dengan Lancar Menggunakan Kaedah Haraki

Al-Quran adalah panduan hidup yang membawa ketenangan dan keberkatan. Walaupun rasa macam jauh dengan Al-Quran sekarang, jangan risau. Insya-Allah dengan Kaedah Haraki, anda mampu menguasai dan mendalami Al-Quran. Setiap langkah kecil ke arah belajar dan memahami Al-Quran adalah satu permulaan yang penuh makna.

Setiap Usaha Ada Ganjarannya

Belum pandai baca Al-Quran? Tak apa. Mula perlahan-lahan, satu huruf pun dah ada pahala.

Fahami Hikmah Al-Quran

Setiap kali kita cuba baca dan belajar, ada hikmah yang menanti untuk kita temui.

Tambah Keyakinan dalam Ibadah

Bila bacaan makin baik, rasa yakin dalam solat dan ibadah pun makin bertambah.

Jadi Teladan Untuk Keluarga

Bila kita usaha belajar, kita pun boleh jadi contoh untuk orang lain ikut jejak yang sama.

Sertai Kelas Mengaji Dewasa Kaedah Haraki Sekarang

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama