Peluang Kerjaya Yang Memberi Makna

Dengan Haraki, anda berpeluang membina kerjaya sambil membantu ummah celik Al-Quran.

Kenapa Sertai Team Haraki?

Misi Bermakna

Di Haraki, anda bukan sekadar bekerja—anda menyebarkan ilmu yang mengubah hidup. Setiap pelajar yang anda bantu baca Al-Quran, anda juga berkongsi pahala tanpa henti.

Latihan & Bimbingan Profesional

Tak perlu risau nak mula dari mana. Haraki menyediakan latihan di setiap langkah. Anda akan diberikan bimbingan penuh agar anda yakin untuk membawa misi ini ke depan.

Suasana Kerja yang Positif

Kami bukan sahaja fokus membantu pelajar, tetapi turut menyemai kerjasama erat antara rakan sekerja dengan suasana kerja yang positif dan saling membantu.

Visi, Misi & Motto Haraki

Visi

Menjadi peneraju global dalam transformasi Pendidikan al-Quran yang inovatif dan inklusif.

Misi

  • Menyediakan Kaedah Pembelajaran al-Quran yang Mudah dan Cepat:
    Menjadi peneraju global dalam transformasi Pendidikan al-Quran yang inovatif dan inklusif.
  • Meningkatkan Literasi al-Quran dalam kalangan Muslim:
    Mengurangkan jurang literasi al-Quran di kalangan komuniti Muslim dengan menyediakan kaedah pembelajaran yang inklusif dan mesra pengguna.
  • Menyediakan Akses Pembelajaran Mudah:
    Memanfaatkan teknologi digital untuk menyediakan pembelajaran al-Quran yang fleksibel, termasuk melalui platform dalam talian dan bahan cetak interaktif.
  • Melahirkan tenaga Pengajar al-Quran yang Profesional dan Berkemahiran:
    Melatih tenaga pengajar dengan modul Haraki, memastikan mereka dapat menyampaikan ilmu secara efektif kepada semua golongan.
  • Memperluaskan Capaian Pasaran Melalui Kolaborasi:
    Bekerjasama dengan masjid, surau, NGO Islamik, dan institusi pendidikan untuk menjangkau lebih ramai pelanggan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Motto

Bersama Memandaikan Umat Islam Membaca al-Quran.

Jawatan Kosong

Jika anda berminat untuk bersama kami dalam misi menyebarkan ilmu Al-Quran dengan Kaedah Haraki, kami amat mengalu-alukan permohonan anda. Sertai team kami.

Tenaga Pengajar Al-Quran

Gaji Ditawarkan: RM1,500 – RM2,000
Lokasi: Kamunting, Perak/ Hibrid
Jabatan: Akademik & Operasi
Lapor Kepada: Pengurus Akademik & Operasi

GAMBARAN TUGAS:
Kami sedang mencari individu yang berbakat dan berdedikasi untuk menyertai pasukan kami sebagai Tenaga Pengajar Al-Quran menggunakan kaedah Haraki, bagi membantu menyampaikan pengajaran Al-Quran yang bermakna dan berkesan kepada pelajar-pelajar kami.

KAEDAH PENGAJIAN:
Sesi pembelajaran akan dijalankan dengan menggunakan kaedah Haraki untuk menyampaikan pengajaran Al-Quran yang bermakna dan berkesan.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB:

  1. Menggunakan kaedah Haraki untuk menyampaikan pengajaran Al-Quran dengan kreativiti dan inovasi.
  2. Memantau perkembangan pelajar secara individu, memberikan penilaian berkualiti, dan bimbingan peribadi untuk mempertingkatkan prestasi pelajar.
  3. Konsisten hadir dalam setiap sesi pembelajaran dan menyediakan bahan sokongan tambahan untuk membantu pelajar memahami dengan lebih baik.
  4. Berinteraksi secara aktif dengan pelajar serta rakan sekerja dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti tambahan seperti perbincangan berkumpulan.
  5. Menggunakan alat digital dengan cekap untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.

KEMAHIRAN & KELAYAKKAN:

  1. Penguasaan ilmu tajwid dan kebolehan membaca Al-Quran dengan betul dan lancar.
  2. Berpengalaman dalam mengajar Al-Quran dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  3. Komited terhadap pendidikan agama Islam serta mempunyai keupayaan untuk memotivasikan pelajar.
  4. SPM, STAM, atau Sijil Tahfiz. Ijazah dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
  5. Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
    6. Mempunyai diploma atau ijazah dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.

FAEDAH:

  • Peluang pembangunan kerjaya yang berterusan.
  • Latihan khas kaedah Haraki disediakan bagi guru baru.
  • Bonus tahunan.
  • Waktu kerja yang fleksibel.
  • Posisi ini menawarkan komisen tambahan bersama gaji asas yang menarik.
  • Cuti tahunan, cuti sakit, dan tuntutan perubatan.
  • EPF, SOCSO & EIS

MOHON SEKARANG

Live Host

Gaji Ditawarkan : RM1,500 – RM2,000
Lokasi: Kamunting, Perak/ Hibrid

MOHON SEKARANG

Borang Permohonan

Sila isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.

"*" indicates required fields

Drop files here or
Max. file size: 5 MB.

    Pin It on Pinterest

    0
      0
      Item Dalam Tempahan
      Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama