Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Kaedah Fast Track Haraki

Kaedah Haraki memudahkan anda belajar mengaji al-Quran dengan tepat dan bertajwid sepantas 7 jam.

Seperti Yang Terlihat Di Liputan Media

Lebih 6,000 Orang Dewasa Yang Zero Al-Quran Berjaya Pandai Mengaji Dengan Kaedah Haraki

“Kaedah Haraki satu perkara yang MAGIC, boleh baca al-Quran dalam masa 7 Jam walaupun dari ZERO (tak tahu apa-apa)”
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Belajar Mengaji Dari Zero Sampai Boleh Baca Al-Quran

Walaupun bermula dari kosong, dengan kaedah Haraki, anda boleh capai bacaan Al-Quran yang lancar dan tepat bertajwid dalam masa yang singkat.

Kenal Huruf Hijaiyah & Simbol Tajwid

Membimbing anda memahami huruf al-Quran dan tajwid, termasuk makhraj serta sebutan yang betul.

Modul Khas Gantikan Kaedah Tradisional

Tidak menggunakan kaedah tradisional, tetapi memperkenalkan modul unik seperti Buku Kisah Si Buncit, menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan efektif.

Perbaiki Bacaan Al-Quran dengan Mudah

Membantu anda memahami simbol tajwid untuk memperbaiki bacaan dengan lancar dan yakin.

Kaedah Pantas & Inovatif

Membuka minda anda kepada cara belajar al-Quran yang cepat, mudah, dan berkesan.

Ramai Orang Dewasa Menghadapi Cabaran Ini Bila Nak Belajar Mengaji

Anda bukan seorang diri. Ramai orang dewasa menghadapi cabaran ini sebab:

Tak Pernah Belajar Mengaji Langsung

Tak tahu nak mula dari mana, rasa kekok nak buka al-Quran.

Buta Al-Quran, Malu dengan Orang

Bila dengar orang baca al-Quran dengan lancar, hati rasa sayu tapi malu nak cuba.

Takut Salah Bila Membaca

Risau nak baca depan orang lain sebab takut salah tajwid atau sebutan.

Kaedah Mengaji Nampak Susah

Pernah cuba ikut cara lama, tapi rasa terlalu susah atau tak sesuai dengan kita.

Kami Faham Perasaan Anda

Belajar mengaji sebagai orang dewasa memang boleh buat kita rasa berat hati. Segan, tak yakin, atau rasa diri ni “buta al-Quran” — benda ni biasa sangat.

Tapi jangan risau, kaedah Haraki dapat membantu anda:

Belajar huruf hijayyah dan simbol tajwid dengan cara paling mudah.

Lancar baca al-Quran tanpa rasa malu atau tertekan.

Faham kaedah cepat yang sesuai untuk orang dewasa macam anda.

Ramai dah berjaya! Malah, kaedah ni dah bantu Mualaf dan Orang Asli baca Al-Quran dengan yakin dalam masa sesingkat 8 jam je.

Ambil Langkah Pertama untuk Kuasai Bacaan Al-Quran, Tanpa Rasa Malu atau Tertekan

Tak kisah apa tahap anda, insya-Allah kami ada cara untuk membantu anda kuasai bacaan al-Quran dengan lancar dalam masa yang singkat.

Kadang-kadang kita masih belum boleh mengaji bukan bermakna kita tak boleh, tetapi mungkin disebabkan oleh kaedah yang salah dan membebankan.

Tentang Haraki

Kaedah Haraki mula diperkenalkan pada Mac 2013, hasil kreativiti Dr Hj. Zakaria Nasarudin ketika membantu dua pelajarnya di IPG Kampus Ipoh, Perak. Mereka adalah mualaf yang baru memeluk Islam dan ingin belajar membaca al-Quran. Dengan menggunakan pendekatan unik yang pantas dan mudah difahami, kedua-dua pelajar tersebut berjaya membaca al-Quran dengan tajwid dalam masa hanya lebih kurang 8 jam!

Sejak itu, kaedah Haraki menjadi alternatif terbaik untuk membantu mereka yang merasa sukar atau lemah dalam pembacaan al-Quran. Dengan teknik yang praktikal, cepat, dan menarik, Haraki bertekad untuk melahirkan lebih ramai umat Islam yang celik al-Quran, insya-Allah.

Haraki bukan sekadar kaedah, tetapi solusi untuk memudahkan perjalanan anda mendekati al-Quran tanpa rasa segan atau tekanan.

Statistik Terkini Haraki

Bersama Memandaikan Umat Islam Membaca Al-Quran

9+

Beroperasi Lebih dari 9 tahun

6000+

Pelajar yang telah berjaya

4.9+

Bintang di Google Reviews

4+

Penampilan di Stesen TV

Pengasas Haraki

Dr. Hj. Zakaria Nasarudin, pengasas Haraki, ialah seorang pendidik yang berdedikasi dengan pelbagai pencapaian cemerlang dalam bidang inovasi pendidikan. Dengan pengalaman luas dan pendekatan kreatif, beliau telah membantu lebih daripada 6,000 pelajar, termasuk Mualaf dan Orang Asli, menguasai bacaan al-Quran dengan betul dan bertajwid.

Keberkesanan Kaedah Haraki Diiktiraf

Senarai – senarai augerah yang telah dimenangi oleh Haraki

Pandangan Pakar

Kaedah Haraki turut menerima pengiktirafan dari pelbagai pakar.

Testimoni Pelajar

Lihat bagaimana Kaedah Haraki mengubah cara mereka belajar mengaji al-Quran.

Sebelum masuk Kaedah Haraki memang tak pandai nak baca. Jujur memang tak pandai baca. Selepas masuk masih merangkak-rangkak sebab baru masukkan tapi bila sudah lama jadi seronok. Sekarang ni rasa macam boleh la baca walaupun tak ada ustazah. Contoh kita baca kat rumahkan boleh la baca, boleh kenal huruf. Haraki memang betul-betul beri kesan kat saya untuk boleh baca.

Norazura

Sistem Haraki ni memang sesuai untuk orang dewasa macam kita. Kalau guna cara kanak-kanak, macam belajar Alif Ba Ta atau Iqra, susah nak lekat di kepala sebab kita dah berusia. Orang dewasa perlukan sistem yang lebih tersusun, macam Haraki ni, yang ada panduan jelas untuk kita ikut langkah demi langkah. Saya perasan bila guna kaedah Haraki, lebih mudah nak ingat dan faham huruf-huruf sebab dia sesuai dengan tahap kita. Tapi kalau tak praktis, memang boleh lupa balik. Jadi, untuk orang dewasa, kaedah ni memang terbaik untuk kenal huruf dan belajar membaca al-Quran dengan lebih yakin.

Roslan Abd Rahim

Pada usia ini, saya mula teringin untuk belajar membaca Al-Quran, terutamanya apabila melihat anak dan isteri saya semuanya mampu membaca Al-Quran. Saya rasa malu dengan kekurangan ini dan mula mencari kaedah yang sesuai untuk belajar. Akhirnya, saya terjumpa kaedah Haraki yang diperkenalkan oleh Dr. Zakaria. Beliau mencabar sesiapa sahaja yang boleh membaca rumi, pasti boleh membaca Al-Quran dalam masa empat minggu. Alhamdulillah, setelah mengikuti kelas Asas Haraki, saya kini sudah mampu membaca papan tanda jalan yang bertulisan Jawi dan juga Al-Quran. Sebelum ini, langsung tidak terlintas saya mampu sampai ke tahap ini. Perubahan ini sangat bermakna bagi saya.

Yahaya Daros

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama