Tentang Haraki

Bersama Memandaikan Umat Islam Membaca Al-Quran

Kaedah Haraki mula diperkenalkan pada Mac 2013, hasil kreativiti Dr. Hj. Zakaria Nasarudin ketika membantu dua pelajarnya di IPG Kampus Ipoh, Perak. Mereka adalah mualaf yang baru memeluk Islam dan ingin belajar membaca Al-Quran. Dengan menggunakan pendekatan unik yang pantas dan mudah difahami, kedua-dua pelajar tersebut berjaya membaca Al-Quran dengan tajwid dalam masa hanya lebih kurang 8 jam!

Sejak itu, kaedah Haraki menjadi alternatif terbaik untuk membantu mereka yang merasa sukar atau lemah dalam pembacaan Al-Quran. Dengan teknik yang praktikal, cepat, dan menarik, Haraki bertekad untuk melahirkan lebih ramai umat Islam yang celik Al-Quran, insya-Allah.

Haraki bukan sekadar kaedah, tetapi solusi untuk memudahkan perjalanan anda belajar mengaji Al-Quran tanpa rasa segan atau tekanan.

Statistik Terkini Haraki

9+

Beroperasi Lebih dari 9 tahun

6000+

Pelajar yang telah berjaya

4.9+

Bintang di Google Reviews

4+

Penampilan di Stesen TV

Visi, Misi & Motto Haraki

Visi

Menjadi peneraju global dalam transformasi Pendidikan Al-Quran yang inovatif dan inklusif.

Misi

  • Menyediakan Kaedah Pembelajaran Al-Quran yang Mudah dan Cepat:
    Menjadi peneraju global dalam transformasi Pendidikan Al-Quran yang inovatif dan inklusif.
  • Meningkatkan Literasi Al-Quran dalam kalangan Muslim:
    Mengurangkan jurang literasi Al-Quran di kalangan komuniti Muslim dengan menyediakan kaedah pembelajaran yang inklusif dan mesra pengguna.
  • Menyediakan Akses Pembelajaran Mudah:
    Memanfaatkan teknologi digital untuk menyediakan pembelajaran Al-Quran yang fleksibel, termasuk melalui platform dalam talian dan bahan cetak interaktif.
  • Melahirkan tenaga Pengajar Al-Quran yang Profesional dan Berkemahiran:
    Melatih tenaga pengajar dengan modul Haraki, memastikan mereka dapat menyampaikan ilmu secara efektif kepada semua golongan.
  • Memperluaskan Capaian Pasaran Melalui Kolaborasi:
    Bekerjasama dengan masjid, surau, NGO Islamik, dan institusi pendidikan untuk menjangkau lebih ramai pelanggan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Motto

Bersama Memandaikan Umat Islam Membaca Al-Quran

Asal Usul Kaedah Mengaji Haraki

Nama “Haraki” diambil daripada perkataan bahasa arab yang bererti pergerakan. Istilah ini diambil kerana pengajaran al-Quran kaedah Haraki banyak menggunakan pergerakan anggota badan terutama pergerakan tangan.

Pergerakan tangan digunakan untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingat pelajaran yang disampaikan samada di peringkat asas iaitu mengenal huruf hijaiyah hinggalah peringkat mengenal bacaan bertajwid. Pembelajaran secara aktif ini menjadikan kaedah Haraki lebih menarik dan berkesan.

Aktif & Menarik

Menggunakan pergerakan tangan, Kaedah Haraki membantu pelajar memahami tajwid dengan cara yang menyeronokkan.

Sesuai Untuk Semua

Kaedah Haraki membantu pelajar dari pelbagai peringkat umur dan tahap pemahaman menguasai bacaan Al-Quran dengan lebih mudah dan cepat.

Cepat & Berkesan

Dengan Kaedah Haraki, pelajar yang mula dari kosong berjaya menguasai bacaan Al-Quran dan tajwid dalam masa hanya 8 jam.

Keberkesanan Kaedah Haraki Diiktiraf

Senarai augerah yang telah dimenangi oleh Haraki

Seperti Yang Terlihat Di Liputan Media

Mereka Yang Pernah Bersama Kami

Dari Meja Pengasas Haraki

Tuan Puan yang dihormati,

Saya ingin bantu anda untuk atasi masalah yang dihadapi. Dengan kemahiran dan pencapaian yang saya seperti memenangi beberapa pingat emas dalam pertandingan inovasi antarabangsa 2013/2015/2016/2018 dan terkini menerima Anugerah E-Branding Awards 2020 untuk KOHUZ. Lebih 4000+ telah kami bantu contohnya mualaf dan orang asli. Alhamdulillah mereka telah pandai baca Al-Quran dengan bertajwid.

Saya akan bimbing anda untuk betulkan makhraj huruf hijaiyyah dengan menggunakan pendekatan yang mudah dan santai.

Saya berharap agar kelas online ini dapat bantu anda baca al-Quran dengan betul dan lebih yakin. Anda juga boleh ajar anak-anak betulkan bacaan Al-Quran.

Paling penting kita boleh baca Al-Quran dengan betul dan bertajwid kerana:

  • Merupakan ibadah yang besar dan pahala yang berlipat ganda.
  • Boleh selamatkan kita semasa di alam kubur nanti dan jadikan peneman kita.

Dr Hj Zakaria Nasarudin
Pengasas Haraki

Tenaga Pengajar Haraki

Liputan Istimewa

Membangun Masyarakat dengan Ilmu dan Amal

Kami menginfaqkan ilmu Al-Quran kepada mereka yang memerlukan – dari yang buta huruf hingga kepada masyarakat yang terpinggir. Setiap langkah kami adalah usaha untuk mengubah hidup, memberi peluang kedua, dan memperkukuh ikatan dalam komuniti.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama