Kelas Intensif Kaedah Haraki
- Belajar dalam kumpulan kecil (8 – 15 orang sahaja)
- 4x sesi pembelajaran setiap bulan (2 jam / sesi).
- Diasingkan mengikut tahap bacaan.
- Rakaman kelas disediakan untuk ulangkaji dan rujukan selepas kelas.
- Jaminan 2 bulan boleh baca Al-Quran untuk yang zero.
- BONUS Percuma ( Sesi Live Mengaji Santai Tapi Santai ) bersama tenaga pengajar Haraki setiap pagi.
- BONUS Percuma al-Quran Wakaf Ibtida’ saiz A4 (untuk pilihan bayaran lumpsum sahaja)
Testimoni Peserta & Pelajar
Lihat bagaimana kaedah Haraki mengubah cara ramai belajar Al-Quran.
Sebelum kenal Haraki, saya memang tahu huruf, tapi sebutan tu tak yakin. Huruf macam Sod dan Zo kadang saya tersasul, jadi macam "zohor" atau "tolak". Sod dan Dod pula kadang terbalik, sampai saya ingat sotong atau doremon! Tapi lepas belajar Haraki, Alhamdulillah, jadi mudah. Bila tersekat, saya ingat balik tips yang diajar, terus boleh sambung. Sekarang, Alhamdulillah, saya dah boleh baca al-Quran sendiri di rumah. Walaupun ada kesalahan kecil, saya rasa lebih yakin sebab dah ada asas. Kaedah Haraki ni betul-betul membantu saya. Syukur sangat!
Saya pernah belajar sedikit-sedikit sendiri, tetapi akhirnya berhenti kerana tiada guru yang membimbing saya secara konsisten. Kini, dengan teknologi moden, kita dapat belajar secara jarak jauh dengan guru melalui sesi dalam talian, yang sangat memudahkan. Alhamdulillah, saya akhirnya mencuba kaedah Haraki selama 4 minggu. Dalam tempoh itu, saya mula mengenal huruf dan akhirnya mampu membaca Al-Quran. Saya sangat terkejut betapa mudahnya proses belajar ini, sehingga saya tertanya-tanya, “Kenapa dulu aku tidak boleh baca?”. Kaedah ini benar-benar berkesan, terutama untuk mereka yang buta Al-Quran tetapi mampu membaca rumi.
Alhamdulillah, saya mula kenal huruf, mula faham tajwid, dan sekarang dah boleh baca al-Fatihah dengan betul. Dulu, nak bezakan huruf pun keliru, tapi sekarang saya rasa nikmat sangat bila boleh baca walaupun masih merangkak-rangkak. Yang best, kaedah Haraki ni macam ada akar kuat – bila kita faham asas, terus mudah nak follow. Dalam masa 3 bulan, saya dah boleh buka al-Quran dan baca sikit-sikit. Secara tak langsung, saya juga mula boleh baca jawi, walaupun sebelum ni memang fail.
Siapa Yang Patut Sertai

Orang dewasa yang celik rumi tapi masih belum pandai baca Al-Quran.

Orang dewasa yang pernah belajar mengaji tapi masih tak lancar & keliru tajwid.

Orang dewasa yang nak cuba kaedah mengaji lain tanpa perlu hafal Iqra'

Orang dewasa yang sibuk dan jauh, susah nak hadir kelas mengaji di luar.

Apa Yang Anda Akan Pelajari
Bermula dengan mengenal huruf Hijaiyyah, belajar tajwid, hingga mampu membaca Al-Quran dengan lancar.
Bulan 1
Kenali Huruf Hijaiyyah
- Pengenalan huruf Hijaiyyah dengan cara yang mudah difahami.
- Teknik penguasaan asas bacaan melalui modul interaktif.
Bulan 2
Tajwid Haraki
- Fahami simbol tajwid dengan pendekatan yang lebih santai.
- Latihan intensif untuk meningkatkan kelancaran bacaan.
Bulan 3
Bacaan Al-Quran
- Aplikasikan tajwid dalam bacaan Al-Quran.
- Tingkatkan keyakinan dengan bacaan yang konsisten.

Jaminan Wang Dikembalikan
Lebih 6,000 orang dewasa yang zero Al-Quran sudah berjaya pandai mengaji dengan kaedah Haraki. Malah, Mualaf dan Orang Asli pun boleh baca Al-Quran dengan yakin dalam masa sesingkat 8 jam dengan menggunakan kaedah Haraki. INI JAMINAN KAMI – Jika selepas 2 bulan anda menyertai kelas Haraki dan anda masih tidak boleh membaca Al-Quran, kami akan pulangkan RM700 daripada yuran anda.*

*Dengan syarat anda hadir semua kelas dan ikuti panduan tutor.