Pemahaman masyarakat wanita Muslim sekarang dalam persoalan menutup aurat masih cetek walaupun mereka tahu bahawa menutup aurat itu menjadi kewajipan untuk semua wanita muslim. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung, lebih baik tutup…” Kenapa perlu dibandingkan dengan wanita yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah dianggap baik. Kenapa tidak mencontohi muslimah yang lebih sempurna dalam menutup aurat?
Itulah golongan manusia yang hidupnya dihiasi dengan ribuan alasan. Dalam urusan dunia, dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama, mereka cuma membandingkan dirinya dengan yang paling teruk. Hasilnya tiadalah istilah penambahbaikan dalam diri mereka.
Di akhir zaman ini, orang pakai tudung sempurna pun belum tentu selamat dari ancaman nafsu serakah manusia, inikan pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Silap jika golongan hawa ini merasakan kaum adam hanya tertawan dan tergoda dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Kecantikan dalaman itu adalah kualiti sebenar yang diidamkan oleh muslim yang soleh. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT kurniakan adalah untuk dipelihara dan tontonan suami sahaja bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Allah SWT buah berfirman dalam Al-Qur’an surat Al-Ahzab ayat 59 mengenai hijab dan aurat wanita yang berbunyi:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Artinya: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Bahkan meskipun kita belum memiliki akhlak yang baik, namun kita tetap harus berusaha untuk menjadi yang terbaik dari sebelumnya, dengan melaksanakan kewajiban dengan menutup aurat (bagi perempuan) Semoga kita menjadi hamba wanita muslimah yang dimudahkan oleh Allah SWT untuk menutup aurat dalam istiqomah.
No comment yet, add your voice below!