Skip to content

Tips Yang Mudah Untuk Pemula Membaca Al-Quran

Loading

Al-Quran bukan hanya sekadar didengar oleh telinga, tetapi harus terdengar sampai ke hati. Kerana fungsi baca Quran itu ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia untuk mengubati.

Jadikan al-Quran sebagai peti aduan kita.

Ada beberapa tips yang mudah untuk membaca al-Quran :

1. Pengenalan huruf hijaiyyah

Huruf hijaiyyah merupakan huruf Arab yang digunakan dalam Al-Quran. Terdapat 29 huruf hijaiyyah. Semua huruf ini wajib hafal untuk membaca Al-Quran dengan fasih. Disetiap huruf, bacaan dan bunyinya berlainan. Malahan, ada juga huruf yang bacaan nya seakan sama.

Selain mengenal bentuk-bentuk huruf hijaiyah secara satu persatu, kita juga perlu tahu bagaimana huruf tersebut jika disambung dengan huruf lain, adakah ia boleh disambung atau tidak.

Dalam belajar pengucapan huruf hijaiyah, kita harus tahu makhraj-nya. Makhraj merupakan tempat keluarnya huruf.

2. Pengenalan tanda baca
Tanda baca huruf hijaiyah disebut sebagai harakat. Dulu dalam huruf hijaiyyah tiada tanda baca dan titik. Bukan itu sahaja, apabila Al-Quran ditulis tanpa tanda baca, menjadi masalah untuk pembaca membacanya. Bagi orang yang fasih bahasa Arab, ternyata hal ini tidak masalah baginya.

3. Tajwid
Selain tanda baca, tajwid juga perlu difahami dalam belajar membaca Al-Quran. Tajwid merupakan ilmu membaca Al-Quran dengan baik dan betul. Dalam bahasa Arab terdapat Idzhar Halqi, Idgham, Iqlab, Ikhfa’ Hakiki, Mim mati dan lain-lain.

4. Latihan
Untuk lebih lancar dalam membaca Al-Quran, anda juga perlu membuat latihan. Iaitu, berlatih membaca Al-Quran sehingga lancar dan mengenali tajwid. Apabila lancar membaca Al-Quran, lebih mudah dalam menghafalkannya dan memahami terjemahannya.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki