Skip to content

Tips Praktikal Membaca dan Menghafal Al-Quran

Loading

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bagi memberi panduan dan petunjuk kepada seluruh umat Islam. Allah SWT berjanji untuk memeliharanya dan kerana itu al-Quran tetap terpelihara dan terjamin daripada sebarang perubahan. 

Peliharalah al-Quran dalam pelbagai bentuk termasuk fizikal, digital serta hafazan menjadi bukti kukuh bahawa al-Quran tetap terpelihara daripada segala kekurangan dan kesilapan. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (al-Quran) dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr, ayat 9)

Al-Quran mengandungi pelbagai cabang ilmu dunia dan akhirat. Mereka yang mendekatkan dirinya kepada al-Quran akan dapat keistimewaan luar biasa seperti yang dijanjikan.

Usaha menghafal al-Quran bermakna seseorang individu itu lidahnya sentiasa dibasahi dengan ayat-ayat al-Quran. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 

“Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran, baginya satu kebaikan. Satu kebaikan akan digandakan sepuluh. Aku tidak mengatakan ‘alif lam mim’ itu satu huruf, akan tetapi, alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

1.Luangkan masa 30 minit untuk membaca al-Quran

Luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk al-Quran setiap hari. Bukan lima muka surat, atau satu halaman atau 20 minit, tetapi 30 minit penuh. Paksakan diri untuk membaca sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih sebelum keluar pergi kerja atau mulakan sesuatu tugasan agar harian kita sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

2. Fahami apa yang kita baca

Jika seseorang memahami Bahasa Arab, maka mudah baginya untuk fokus dan memahami apa yang dibaca. Namun, jika kita tidak memahami Bahasa Arab, maka kita sangat digalakkan untuk membaca al-Quran bersama terjemahannya..

3. Pelajari makna al-Quran

Cuba luangkan masa 10 minit setiap hari untuk membaca beberapa muka surat kitab tafsir yang terkenal. Lebih-lebih lagi, mempelajari tafsir dengan ulama atau guru adalah cara terbaik untuk memahami syarahan al-Quran dan memahami aplikasinya dalam dunia moden ini.

4. Hafal al-Quran

Menghafal al-Quran adalah suatu penghormatan dan ia tanda kemuliaan dalam kalangan muslim. Jadikan menghafal al-Quran misi peribadi kita, tidak kira berapa lama masa yang akan diambil. Ramai daripada kita, tidak mungkin fikir “sudah terlalu lambat” untuk menghafal.

Namun, walaupun proses menghafal ia amat mencabar untuk orang dewasa berbanding untuk kanak-kanak. Allah SWT telah memberi jaminan kepada kita semua dalam al-Quran:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? — Surah al-Qamar ayat 17

5.Dapatkan sokongan guru

Jangan cuba untuk menghafal al-Quran sendirian. Ia akan menjadi tersangat sukar buat kita dan kita mungkin akan menghafalnya secara salah jika tiada panduan yang betul. Bahkan tanpa seorang guru, kita akan lebih sukar untuk berdisiplin.

6. Hafal al-Quran setiap hari

Luangkan masa selama 30 sehingga 45 minit pada waktu pagi selepas solat subuh untuk menghafal. Apabila kita telah menghafal, luangkan masa pada hari itu mengulang kembali ayat-ayat yang dihafal ketika kita sedang memandu atau ketika sedang solat. 

Kemudian, duduklah bersama guru atau pasangan kita, atau rakan, dan bacakan depan mereka ayat-ayat yang telah dihafal tadi.

7. Belajar Tajwid

Alunan al-Quran itu sendiri adalah salah seni terhebat yang boleh kita lakukan. Untuk baca dengan makhraj betul dan mempertingkatkan keindahan bacaan al-Quran, kita mesti belajar hukum tajwid. Oleh itu belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul, yang terbaik pastilah dengan belajar secara berguru.

Jika tidak sempat berguru, kita boleh memudahkan pembelajaran tajwid kita dengan menggunakan Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak dalam warna berbeza. Ini dapat membantu memudahkan kita mengenalpasti sesuatu hukum bacaan dengan mudah.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki