Skip to content

Tips Mengaji Al Quran- Memperbaiki & Meningkatkan bacaan Al Quran

Loading

Mesti dalam kalangan kita jarang menyentuh Al-Quran atau membaca Al Quran setiap hari namun bacaan masih belum lancar dan tidak betul?

Membaca Al-Quran setiap hari adalah satu nikmat. Terdapat beberapa tips mudah tapi berkesan dalam membantu memudahkan dalam memperbaiki bacaan Al-Quran. InsyaaAllah mudah-mudahan tips ini dapat memberi manfaat.

  1. Mengambil Wuduk sebelum membaca Al-Quran

Mengambil wuduk merupakan persediaan mental dan fizikal yang baik untuk mengingatkan kita bahawa kita bukan sekadar sedang  membaca ‘buku’ yang biasa namun kita sedang ingin berhubung dengan Allah SWT. Oleh yang demikian kebersihan adalah satu keutamaan yang penting apabila kita ingin menghadapNya.

    2. Baca Al-Quran sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari

Kebiasaanya kita selalu beranggapan bahawa kita patut  membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sejam atau lebih. Sudah pasti ini terlalu banyak dan berat untuk dilaksanakan buat yang masih kurang mahir membaca Al Quran.

Sebagai permulaan, mulakan dengan membaca 10 minit sehari, InsyaaAllah, lama-kelamaan tanpa sedar 10 minit itu akan bertukar menjadi setengah jam dan seterusnya menjadi sejam. InshaaAllah mungkin akan ada peningkatan lebih lagi.

   3. Memahami bacaan Al Quran tersebut

Meluangkan masa untuk membaca Al-Quran dalam bahasa arab merupakan rutin biasa seorang muslim. Untuk lebih faham maksud ayat dalam surah tersebut sangat digalakkan untuk meluangkan masa membaca Al-Quran yang mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu.

Al-Quran bukan hanya sekadar didengar oleh telinga, tetapi harus terdengar sampai ke hati. Kerana fungsi baca Al-Quran itu ada dua iaitu untuk menenangkan hati dan  mengubati hati.

   4. Belajar Tajwid

Untuk dapatkan bacaan mahraj yang betul dan mempertingkatkan alunan bacaan Al-Quran sangat digalakkan untuk belajar hukum tajwid. Keindahan alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul. Oleh itu, sangat digalakkan untuk seorang muslim belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul.

Sudah pasti cara yang terbaik belajar Al-Quran adalah secara berguru iaitu dengan mengikuti kelas-kelas mengaji yang terdapat di pelbagai platform. Langkah ini sangat bagus untuk memperbetulkan bacaan kerana Ustaz dan Ustazah boleh menegur kesalahan semasa bacaan Al-Quran. Secara langsung dapat memantapkan bacaan Al-Quran dengan bertajwid.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki