Setiap orang beriman perlu sedar dan tidak memandang ringan perihal di alam kubur yang bakal mereka lalui satu masa nanti.
Sehubungan itu, sentiasa lakukan persediaan bagi menghadapi saat itu. Berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk yang lakukan di atas dunia ini supaya kita terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk.
Sudah menjadi sifat manusia yang sering lupa dan melakukan kesilapan. Keadaan itu pastinya akan mudah menjerumuskan diri mereka dalam kealpaan.
Seseorang yang melakukan dosa di dunia dan tidak sempat bertaubat, maka itu sudah cukup untuk mendatangkan azab kubur buatnya.
Bagi mereka yang tidak beriman atau ragu-ragu dengan adanya azab kubur, mereka menganggap semua kisah itu sengaja untuk menakut-nakutkan
Sehubungan itu, jangan sesekali kita bertangguh memohon maaf kepada orang yang pernah kita lakukan kesalahan serta jangan anggap remeh dengan dosa kecil.
Hanya amalan soleh yang dibawa sebagai bekalan menempuh ‘alam’ seterusnya.
Setiap orang beriman perlu sedar dan tidak memandang ringan keadaan dan perihal yang bakal mereka tempuhi apabila tiba masanya untuk ‘menghuni’ alam kubur satu masa nanti.
Berhati-hati dalam setiap tindakan yang lakukan di dunia ini supaya terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk.
Antara tips lepaskan diri dari seksaan kubur :
- Jangan sekali-kali tinggalkan al-Quran sebab al-Quran yang menjadi peneman semasa di alam barzakh
- Rumah yang dibacakan al-Quran pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali Malaikat.
- Jika kita selalu membaca al-Quran, semasa kita meninggal akan ada cahaya di rumah akan diangkat ke langit.
- Al-Quran akan berada di dada kita selepas kita selesai dimandi dan dikafankan
- Penting 7 hari semasa kita meninggal ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.
- Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada al-Mulk dalam dada kita.
No comment yet, add your voice below!