Pernah tak anda terfikir?
“Apakah tujuan menuntut ilmu? Kebanyakkan orang hanya ‘pandai’ menyebut ungkapan “Belajar kerana Allah” tanpa memahami maksud dan konsep yang sebenarnya.
Menuntut ilmu adalah tuntutan daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Taubah yang bermaksud:
“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya ” (Surah al-Taubah ayat 122).
Sabda Nabi SAW: “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslimin” (Hadis riwayat al-Imam Ibnu Majjah). Oleh itu, belajar perlukan niat kerana Allah swt supaya kita dipandang sebagai manusia yang berilmu.
3 TIPS BELAJAR KERANA ALLAH SWT
- Perbetulkan niat belajar
Setiap apa yang dilakukan, pastikan dimulakan dengan niat. Niat untuk belajar sebab apa? Untuk mudah cari kerja? Untuk menyebarkan ilmu pada orang ramai? Atau belajar sebab nak lulus exam sahaja?
Oleh itu, ubah niat belajar kerana belajar adalah bekalan yang akan mencorakkan masa depan seseorang.
2. Rajin membaca
Rajin dan banyak membaca dengan kefahaman memperolehi manfaat yang cukup besar dan faedahnya cukup banyak. Al-Jahiz pernah berpesan supaya banyak membaca dan mentelaah buku yang ada kerana ia dapat mengusir kesedihan yang dialami.
Dia berkata: “Buku adalah teman duduk yang tidak dapat mengusirmu, sahabat yang tidak menyesatkanmu dan sahabat yang tidak memberatkanmu. Buku adalah seperti orang yang tidak dapat meletihkanmu, tetangga yang tidak membuatmu kesal, sahabat yang tidak ingin mengeluarkan apa yang anda miliki dengan rayuan, tidak memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak menipumu dengan kemunafikan, dan tidak memperdayamu dengan pembohongan.”
3. Inspirasi dari tokoh-tokoh ulama’
Pepatah Arab menyebut:
“Contohilah meskipun kamu tidak setara dengan mereka“
Mencontohi tokoh yang mulia itu pasti mendapat kejayaan. Sentiasa menjadikan tokoh ulama dan para ilmuan sebagai idola dan inspirasi dalam menuntut ilmu.
No comment yet, add your voice below!