Tiga Perkara Yang Patut Dirahsiakan

Dec 9, 2021 | Hidup, Info

Pendahuluan

Sebagai seorang manusia biasa, sudah pasti kita mempunyai perasaan ingin menceritakan sesuatu kepada orang ramai walhal perkara itu merupakan perkara yang tidak perlu diberitahu kepada umum. Ingin diingatkan bahawa manusia mempunyai pelbagai karenah dan hati. Ada juga sebilangan yang mempunyai perasaan hasad dengki sekiranya mereka mengetahui tentang sesuatu perkara daripada kita. Oleh itu, kita harus merahsiakan perkara-perkara ini daripada memberitahu umum agar hidup kita bahagia dan tenteram.

Pertama: Rahsiakan Tentang Umur

Ini kerana jika orang mengetahui tentang umur kita, kemungkinan orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita sekiranya orang yang bertanya itu lebih tua daripada kita. Mungkin mereka akan terus menerus mempersoalkan tentang sesuatu perkara sehingga boleh menimbulkan pergaduhan.

Kedua: Rahsiakan Tentang Harta

Kita perlu merahsiakan harta kita agar dapat mengelakkan daripada orang lain mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati dengan harta yang kita miliki.

Ketiga: Rahsiakan Tentang Hal Ehwal Keluarga

Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya. 

Kesimpulan

Oleh itu, hendaklah kita menjaga tiga perkara ini agar kita tidak mengundang sebarang musibah dalam keluarga kita sendiri. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari sebarang perbuatan yang tidak baik dan keji. Aamin allahuma Aamin.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama