TIDUR sememangnya fitrah dan tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Setiap orang memerlukan tidur yang secukupnya iaitu 8 jam sehari sekurang-kurangnya. Tidak dapat dibayangkan sekiranya kita tidak dapat tidur seharian, apatah lagi untuk masa berhari-hari.
Tujuan utama tidur adalah untuk merehatkan diri dari sebarang akitviti. Oleh itu, tidur sangat penting agar kehidupan dapat dijalani dengan lebih baik dan berkualiti. Namun begitu, sering dilihat kebanyakan orang memilih untuk tidur selepas Asar setelah penat bekerja di siang hari.
Sudah pasti anda pernah tidur pada waktu petang dan selepas itu bangun masa dah nak dekat waktu maghrib, bangun dalam keadaan keliru dan ingatkan sudah masuk waktu subuh.
Disebabkan itulah orang-orang tua dahulu selalu menasihatkan anak-anak muda supaya jangan tidur selepas waktu Asar kerana boleh menyebabkan malas dan boleh membawa kepada hilang akal atau boleh jadi gila.
Tapi benarkah kata-kata tersebut?
Ada satu hadis yang dikaitkan dengan perkara ini.
مَنْ نَامَ بَعْدَ الْعَصْرِ، فَاخْتُلِسَ عَقْلُهُ، فلا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.”
Menurut pendapat-pendapat ulama di laman web Mufti Wilayah Peseketuan, pihak mufti menggariskan ulasan para ulama berkaitan hadis ini.
- Imam Ibn al-Jauzi menghukum hadis ini sebagai tidak sahih. (Lihat: al-Mawdhu’at, 252/2)
2. Imam al-Zahabi mengatakan di dalam sanad hadis ini terdapat Khalid bin al-Qasim yang dituduh berdusta. (Lihat: Tartib al-Mawdhua’at, 239)
3. Imam al-Syaukani mengatakan bahawa di dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang berdusta. (Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 216)
4. Syeikh al-Albani menilai hadis ini sebagai dhaif. (Silsilah al-Ahadis al-Dhaifah, 112/1)
Oleh yang demikian, menurut ulasan para-para ulama sebenarnya tidak ada sebarang larangan yang menyatakan tidak boleh tidur selepas waktu Asar. Dan menurut pihak mufti wilayah, hadis tersebut adalah teramat lemah kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta.
Namun begitu, telah dibuktikan oleh para saintis bahawa sekiranya tidur selepas asar boleh membawa kemudharatan. Oleh itu, sebaiknya kita perlu mengelakkan diri untuk tidur selepas Asar demi kesihatan yang baik.
No comment yet, add your voice below!