Maksud Waqaf
Pengertian dari segi bahasa adalah berhenti atau menahan manakala dari segi istilah pula bermaksud menghentikan bacaan sejenak atau memutuskan bacaan di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambung kembali bacaan yang tergendala.
Kenapa Perlunya Tanda Waqaf?
Tanda-tanda waqaf dalam Al-Quran bertujuan untuk memelihara makna Al-Quran daripada diselewengkan. Bahaya sekiranya jika kita yang tiada penguasaan bahasa Arab membaca Al-Quran dan berhenti mengikut sesuka hati. Makna sesebuah ayat itu boleh berubah.
Selain itu, tanda waqaf ini sebenarnya membantu kita untuk membaca mengikut kadar nafas kita tanpa merosakkan makna sesebuah ayat.
Jom kenali tanda-tanda waqaf
Tanda mim (م) disebut sebagai waqaf Lazim iaitu mesti berhenti supaya tidak menjejaskan makna ayat tersebut.
Tanda jim (ج) adalah waqaf Jaiz iaitu lebih baik berhenti seketika walaupun dibolehkan juga untuk tidak berhenti.
Tanda zho (ﻇ ) bermaksud lebih baik tidak berhenti.
Tanda (قال ) merupakan tanda waqaf Kafi atau dikenali sebagai waqaf Aula. Apabila pada ayat Al-Quran terdapat tanda waqaf ini, cara membacanya adalah lebih baik berhenti pada ayat yang terdapat tanda tersebut.
Tanda shod-lam-ya (صلى) disebut sebagai waqaf hassan/waqaf aula dan dari singkatan “Al-wasl Awlaa” yang bermakna wasal atau meneruskan bacaan adalah lebih baik. Oleh yang demikian, meneruskan bacaan tanpa mewaqafkannya adalah lebih baik.
Tanda sin (س) atau perkataan saktah (ساكته) menandakan berhenti seketika tanpa mengambil nafas. Dalam kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil nafas baru untuk meneruskan ayat.
Tanda Laa ( ﻻ ) bermaksud “Jangan berhenti!” iaitu waqaf Qabih. Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung mahupun pertengahan ayat. Jika ia muncul di pertengahan ayat, maka tidak dibenarkan untuk berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak.
Tanda titik tiga (𑀇𑀇) yang dikenali waqaf Muqarabah atau waqaf Ta’anuq. Tanda ini akan muncul sebanyak dua kali dimana-mana saja dan cara membaca adalah harus berhenti di salah satu tanda tersebut. Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.
Tanda akhir ayat (﴿٤﴾) berada dihujung ayat Al Quran bagi mengakhiri bacaan ayat tersebut.
Demikian penjelasan tentang tanda-tanda waqaf dalam Al-Quran. Semoga ilmu ini bermanfaat buat kita semua dan share posting ini agar dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Jom Tengok Team Haraki Teka Tanda Waqaf
@kaedahharaki TEKA NAMA TANDA WAQAF DALAM QURAN- berapa banyak korang dapat teka? #fyp #tiktokmalaysia #muslim #kaedahharaki #kelasmengaji #office ♬ original sound – Belajar Mengaji Al-Quran