Membaca Al-Quran perlu dijadikan rutin setiap hari, tetapi ramai dikalangan kita tidak yakin untuk baca dengan betul? Daripada terus-menerus ragu untuk membaca , mari pelajari tanda bacaan dalam Al Quran.
Sebagaimana kita pelajari Bahasa Melayu, Bahasa Arab dalam Al-Quran juga memiliki tanda bacanya sendiri. Apabila kita salah membacanya, secara langsung makna serta maksud ayat akan berubah.
Untuk menghindari kesalahan ini daripada berlaku, mari kita belajar memahami tanda baca dalam Al Quran.
Tanda bacaan dalam Al-Quran
- Fathah
Merupakan tanda baca Al-Quran yang memiliki bentuk garis horizontal dan berada di atas huruf-huruf hijaiyah. Fathah sendiri melambangkan fonem ‘a’, yang mana ketika suatu huruf diberi harakat fathah, maka huruf tersebut berbunyi ‘a’.
2. Kasrah
Tanda baca dalam Al-Quran seterusnya dikenali sebagai kasrah. Kasrah bentuknya merupakan garis horizontal yang terletak di bawah huruf-huruf hijaiyah. Ketika suatu huruf diberi harakat kasrah, huruf tersebut akan berbunyi ‘i’.Sebuah huruf yang berharakat kasrah jika bertemu dengan huruf ya maka akan melambangkan fonem ‘I’ yang dibaca panjang.
3. Dammah
Merupakan tanda baca Alquran yang berbentuk huruf waw kecil yang diletakkan di atas huruf hijaiyah dan melambangkan fonem ‘u’. Jika sebuah huruf hijaiyah diberi dammah, cara membacanya berbunyi ‘u’.
4. Sukun
Sukun adalah salah satu tanda baca dalam Al-Quran yang berbentuk bulat dan ditulis di atas suatu huruf-huruf hijaiyah. Harakat sukun sendiri melambangkan mati dari satu huruf.
5. Tanwin
Tanwin adalah tanda baca Al- Quran yang menyatakan bahawa huruf pada akhir kata tersebut diucapkan seperti bertemu dengan huruf mati. Ada tiga jenis tanwin, iaitu fathah tanwin (fathatain), kasrah tanwin (kasrah tain) dan dammah tanwin (dammahtain).
Yang mana harakat tanwin ditulis bersama dengan harakat lain, seperti kasrah, fathah dan dammah.
6. Harakat panjang
Harakat panjang merupakan tanda baca Al-Quran yang sering digunakan dalam bacaan mad. Terdapat dua jenis harakat panjang, berikut penjelasannya:
- Harakat panjang berupa garis tegak vertikal yang diletakkan di huruf-huruf hijaiyah
– Harakat panjang fathah: Garis tegak vertikal diletakkan di atas huruf
– Harakat panjang kasrah: Garis tegak vertikal diletakkan di bawah huruf.
– Harakat panjang dammah: Dammah terbalik di atas huruf. - Harakat panjang yang kedua adalah tanda baca yang disimbolkan ~ . Dibaca dengan panjang 5 hingga 6 harakat.
7. Tasydid
Tasydid merupakan harakat yang berbentuk seperti kepala dari huruf sin atau seperti huruf “w” yang diletakkan di atas huruf-huruf hijaiyah. Harakat tasydid melambangkan penekanan pada suatu konsonan yang dituliskan dengan simbol konsonan ganda.
Contoh harakat tasydid yang paling mudah didapati ialah “Muhammad”.