Skip to content

Tak Perlu Malu Belajar Mengaji Di Usia Lanjut

Loading

Belajar mengaji pada usia lanjut adakalanya menimbulkan perasaan malu bagi segelintir orang. Namun, perasaan itu sepatutnya tidak perlu wujud kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan ilmu agama. Menuntut ilmu itu merupakan kewajipan ke atas setiap insan.

Perasaan malu muncul kerana berasa rendah diri kerana diusia tua masih buta huruf, bacaan merangkak-rangkak serta ada masalah dalam hukum tajwid seperti panjang pendek dan dengung.

Allah SWT telah menjanjikan ganjaran buat hamba-hamba-NYA yang tidak lancar membaca al-Quran, tetapi masih berusaha untuk mempelajarinya.

Sabda Rasulullah SAW: “Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH. Adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu belajar mengaji. Tidak kiralah berapa pun usia kita, jangan sesekali menyerah kalah tanpa berusaha untuk belajar mengaji dan memperbaiki bacaan kalamullah sebelum ‘menutup mata’.

Tiada apa yang dimalukan apabila mempelajari al-Quran pada usia lanjut. Lebih memalukan lagi apabila tidak boleh membacanya ketika menghadap Allah SWT kelak. 

Oleh itu, carilah tempat-tempat mengaji yang boleh mengajar kita mengaji. Banyak kaedah sekarang yang boleh membantu golongan yang zero al-Quran. Kalau kena dengan caranya dan atas izin-NYA, inshaAllah boleh membaca al-Quran dengan lancar dan baik.

Kaedah Haraki ada mengeluarkan buku khas buat zero al-Quran yang nak belajar dari asas kenal huruf. Buat anda yang malu tetapi nak belajar dari asas boleh belajar dalam Buku Asas Al-Quran Kaedah Haraki. Yang menariknya buku ini mempunyai QR code yang boleh diimbas dan mengeluarkan video penerangan yang jelas dari pengasas Kaedah Haraki. Selain itu, terdapat 41 latihan untuk pengukuhan penguasaan huruf.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki