Kita sudah biasa dengar Selawat Syifa’, Selawat Ibrahimiyah, Selawat Munjiyat, dan Selawat Tafrijiyah.. Namun pernahkah kita terdengar Selawat Sultan? Jika tidak pernah, teruskan membaca posting kali ini untuk ketahui lebih lanjut!
Pengenalan
Pada zaman dahulu, ada seorang sultan yang bernama Sultan Mahmud Al Gomawiy. Beliau seorang sultan yang kuat beribadat. Amalan yang beliau sering lakukan adalah setelah selesai solat Subuh, beliau akan berselawat sebanyak 300 000 (tiga ratus ribu) kali. Beliau berselawat sehingga lewat pagi sehinggakan rakyatnya yang datang untuk berurusan dengan beliau terpaksa beratur, menunggu dalam waktu yang sangat lama.
Pada suatu hari, sedang beliau tidur, beliau bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Di dalam mimpi itu, Nabi Muhammad SAW bertanya kepadanya mengapa rakyat jelatanya beratur panjang dan perlu menunggu terlalu lama untuk berurusan dengannya. Lalu Sultan Mahmud menjawab bahawasanya dia berselawat sebanyak 300 000 (tiga ratus ribu) kali ke atas baginda. Dan beliau menambah, beliau tidak akan berdiri dari tempat beliau beribadat selagi rutinnya itu belum selesai.
Baginda Nabi Muhammad SAW pun berkata bahawa apa yang dilakukan oleh Sultan Mahmud itu menyusahkan rakyat jelatanya kerana mereka juga mempunyai urusan mereka sendiri. Lalu baginda Nabi Muhammad SAW mengajar Sultan Mahmud selawat yang ringkas, di mana baginda memberitahu Sultan Mahmud jika beliau membacanya satu kali, ibarat membacanya (berselawat ) sebanyak 100 000 (seratus ribu) kali. Jika dibaca sebanyak 3 kali, ibarat membacanya (berselawat) sebanyak 300 000 (tiga ratus ribu) kali.
Maka Nabi Muhammad SAW pun mengajarkan selawat itu kepada Sultan Mahmud, lalu beliau pun mula mengamalkannya sejak dari itu. Urusan rakyatnya juga menjadi lebih mudah kerana kini beliau tidak lagi perlu mengambil masa yang lama untuk berselawat sebanyak 300 000 (tiga ratus ribu) kali.
Tidak lama kemudian, beliau mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad SAW buat kali kedua. Dalam mimpi itu, baginda bertanya kepada Sultan Mahmud apakah amalan yang dilakukan oleh beliau sehingga para Malaikat lelah mencatat pahala amalannya. Lalu beliau Sultan Mahmud menjawab:
“Saya tidak mengamalkan sesuatu melainkan selawat yang Kau (Nabi Muhammad SAW) ajarkan kepadaku.”
Selawat Sultan
Kesimpulan
Kini kita sudah ketahui satu lagi jenis selawat yang mampu membantu kita untuk menambah pahala amalan kita. Bayangkan, sehingga para Malaikat merasa lelah mencatat amalan kita jika kita mengamalkan selawat ini. Jadi marilah kita sama-sama amalkan, dan jangan lupa share kepada orang-orang yang kita sayang supaya pahala kita semua berat bersama-sama dan dapat bersua kembali di Syurga Allah. In shaa Allah.