Bulan Muharam merupakan bulan pertama di dalam bulan Hijriyah yang memiliki pahala berlipat ganda apabila berbuat baik. Bulan Muharram menjadi bulan yang sangat berpengaruh untuk sejarah umat Islam dan penuh akan barakah serta rahmah.
BEBERAPA AMALAN SUNNAH YANG DILAKUKAN PADA BULAN MUHARRAM:
- Perbanyak Amalan Soleh dan Jauhi Maksiat
Ibnu Abbas RA berkata tentang tafsir firman Allah SWT dalam Surat At-Taubah ayat 36: “maka janganlah kalian menzalimi diri kalian”, Allah SWT telah mengkhususkan empat bulan dari kedua belas bulan tersebut. Dan Allah SWT menjadikannya sebagai bulan yang suci, mengagungkan kemulian-kemuliannya, menjadikan dosa yang dilakukan pada bulan tersebut lebih besar (dari bulan-bulan lainnya) serta memberikan pahala (yang lebih besar) dengan amalan-amalan soleh”. (Tafsir Al Quran Al ‘Azhim, Ibnu Katsir)
Apabila mengingat besarnya pahala yang diberikan oleh Allah SWT melebihi bulan selainnya, hendaknya kita perbanyak amalan-amalan ketaatan kepada Allah SWT pada bulan Muharam ini dengan membaca Al-Quran, berzikir, sedekah, berpuasa, dan sebagainya.
Selain memperbanyakkan amalan ketaatan, adalah penting untuk berusaha menjauhi kemaksiatan kepada Allah kerana dosa di bulan haram lebih besar daripada dosa selain daripada bulan haram.
- Banyakkan berpuasa
Dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sebaik-baik puasa setelah bulan ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu bulan Muharam” (HR. Muslim)
- Puasa ‘Asyura (Tanggal 10 Muharram)
”Puasa hari ‘Asyura, saya memohon kepada Allah agar menjadikannya sebagai penebus (dosa) satu tahun sebelumnya” (HR Muslim)
4. Memakai celak mata
Bagi perempuan, amalan sunah yang bisa dilakukan adalah menggunakan celak mata atau eyeliner. Bahkan Rasulullah pernah menganjurkan memakai celak, berikut bunyi hadisnya:
“Bercelaklah dengan celak itsmid, kerana ia dapat menerangkan pandangan dan menumbuhkan bulu (mata),” (HR At Tirmidzi).
5. Menziarahi orang sakit
Rasulullah SAW mengajarkan amalan sunnah untuk menziarahi orang sakit pada bulan Muharram. Tidak lupa juga untuk mendoakan kesembuhan baginya.
6. Memotong kuku
Apabila menjelang hari raya Aidiladha, umat islam tidak dianjurkan untuk memotong kuku, sebaliknya pada bulan Muharram disunnahkan untuk memotong kuku.
7. Mengusap kepala anak yatim
Menggosok kepala anak yatim boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk persahabatan kepada mereka di samping membantu menjaga mereka.
8. Membaca Surah Al-Ikhlas
Amalan bulan Muharram mengikut sunnah terakhir adalah membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali.