Skip to content

Sudah Bersedia Nak Menyambut Bulan Ramadhan ?

Loading

Bulan Ramadhan semakin hampir, tinggal lebih kurang 1 bulan sahaja lagi. Semua orang mesti sibuk buat persiapan untuk menyambut bulan yang mulia ini kerana bulan Ramadhan hanya sekali sahaja dalam 1 tahun. Kita perlu ada perasaan seronok menunggu bulan Ramadhan semasa dari bulan Rejab lagi, Nabi SAW mengajar kita untuk berdoa iaitu “Berkatilah diri kami pada bulan Rejab dan Syaaban, sampaikan kami pada bulan Ramadhan”. Kita yang diberikan peluang untuk bertemu bulan Ramadhan ini jangan lepaskan peluang dan jangan hanya berpuasa sahaja tanpa beribadat.

Imam Ghazali berkata kita jangan berpuasa seperti orang biasa tetapi jadi orang yang luar biasa yang mana dahulu masa kanak-kanak kita hanya tinggalkan perkara yang batalkan puasa. Sekadar itu sahaja untuk orang yang biasa tetapi orang luar biasaitu mereka meninggalkan perkara yang membatalkan puasa dan menjaga pancaindera iaitu mereka tidak pergi ke tempat yang tidak sepatutnya.

Pada bulan puasa ini banyakkan ke masjid, jangan lakukan perkara yang tidak berfaedah. Kita perlu tahan pancaindera kita dari lihat perkara yang tidak sepatutnya, sekarang ini dengan telefon pintar yang canggih jangan kita buat perkara yang tidak sepatutnya.

Apabila bulan Ramadhan tiba, pasti kita mula berfikir persediaan yang akan dilakukan dan yang pastinya menggantikan puasa bagi kita yang tinggal puasa pada bulan Ramadhan yang lepas. Perkara yang lebih utama kita perlu bermula dan istiqomah dengan harapan kita boleh berubah ke arah yang lebih baik. 

Kita juga digalakkan untuk membuat persiapan menyambut bulan Ramadhan antaranya :

  1. Tingkatkan ilmu agama
  • Dalami ilmu agama terutamanya yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam. Jika ada kemusyikilan, jangan malu atau segan untuk  bertanya kepada mereka yang lebih arif contohnya Ustaz. Bak kata pujangga “malu bertanya sesat jalan” 
  1. Eratkan hubungan silatulrahim
  • Ini merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuhkan hubungan silatulrahim dan bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa, suami/isteri, adik-beradik, sahabat handai dan mereka yang dimusuhi. Bukan tunggu raya baru kita nak bermaafan, jadi kita setiap hari juga boleh bermaafan. Kita kadang tak sedar kita sakitkan hati orang dalam diam, sebaiknya kita bermaafan antara satu sama lain. 
  1. Persiapan Fizikal & Mental
  • Latih diri dan keluarga untuk berpuasa dengan berpuasa sunat. Biasakan anak kita untuk bangun lebih awal dengan mengajaknya solat bersama. Nanti semasa bulan puasa anak kita jadi biasa untuk bangun sahur bersama kita. 
  1. Melakukan amal jariah 
  • Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Mana tahu dengan sedekah itu mereka dapat berbuka puasa dengan makanan yang mereka idamkan. 
  1. Berdoa agar diberikan kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan
  • Berdoalah agar Allah SWT memberikan kesempatan untuk kita bertemu bulan Ramadhan dalam keadaan sihat walafiat. Jika kita sihat kita boleh lakukan amal ibadat dengan banyak semasa berada di bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan penuh keimanan dan “ihtisab” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu, dan barangsiapa menghidupkan malam al Qadr (Lailatul Qadar) dalam keadaan penuh keimanan dan “ihtisab” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu.” (Abu Dawud: 1372)

Semasa bulan Ramadhan ini sebagai bulan tarbiah iaitu bulan yang mendidik jiwa kita, puasa ini imsak yang bermaksud tahan diri daripada melakukan perkara yang tidak dibenarkan. Contoh telinga kita hanya mendengar ayat suci al-Quran sahaja, kita gantikan dengan benda yang baik dan kita boleh kawal diri kita dengan baik. Sepanjang bulan Ramadhan gantikan perkara yang tidak berfaedah kepada benda yang baik.

Kita sentiasa duduk di majlis ilmu yang mana disitu kita boleh pilih kawan yang betul dan sekiranya kawan ajak perkara yang tidak betul nasihat mereka. Dari buat perkara yang tidak berfaedah lebih baik kita membaca al-Quran atau belajar al-Quran. Berkaitan dengan tadarus ini bukan untuk orang yang pandai sahaja dan untuk orang yang tidak pandai ini masa untuk belajar.

Puasa yang lebih baik dari meninggalkan makan dan minum, ianya juga perlu jauhkan perkara yang terlarang dari pancaindera. Maknanya keimanan kita sudah meningkat bukan berdasarkan kepada manusia tetapi dengan Allah SWT yang Maha Melihat dan Maha Mendengar. Ibadat puasa hanya Allah SWT sahaja yang tahu sebab itu Allah kata “Puasa hanya untuk-Ku dan hanya-Ku yang memberikan ganjaran”.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki