Allah SWT telah memberi kelonggaran dan keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.
Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT. Apabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah, kita diberi kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat.
SYARAT-SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT JAMAK & QASAR
- Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih.
- Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).
- Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.
- Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.
SOLAT QASAR (memendekkan)
Solat qasar bermaksud memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
- Solat yang boleh dipendekkan (Qasar) adalah solat Zohor, Asar dan Isyak.
Syarat-syarat Solat Qasar
- Solat fardhu yang diqasarkan berkenaan wajib ke atas seseorang yang bermusafir dan melakukannya semasa bermusafir itu
- Perjalanannya telah melepasi sempadan kariah.
- Tidak berniat menetap selama 4 hari atau lebih di tempat yang dituju (tak termasuk hari datang & pulang).
- Tidak mengikuti imam solat yang bermukim.
SOLAT JAMAK (Menghimpunkan)
Solat jamak bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu.
Contohnya:
- Mengumpulkan solat Zohor kepada Asar dan sebaliknya
- Mengumpulkan solat Maghrib dengan Isyak dan sebaliknya
Syarat-syarat Solat Jamak
Terbahagi kepada dua iaitu solat jamak takdim dan jamak takhir.
Jamak Takdim –
- Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama iaitu (Zohor dan Maghrib).
- Kedua-dua solat mengikut tertib (dahului solat empunya waktu)
- Niat jamak dilakukan dalam solat pertama (hingga sebelum beri salam)
- Berturut-turut antara solat pertama dan kedua
- Masih musafir hingga takbir solat kedua
Jamak Takhir –
- Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua iaitu (Asar dan Isyak)
- Niat takhirkan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk solat pertama
- Masih musafir sehingga selesai kedua-dua solat
LAFAZ NIAT SOLAT
Niat Solat Jamak Taqdim dan Qasar Zohor dan Asar
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Takdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor Jamak Takdim kerana Allah Taala.
Niat Solat Jamak Taqdim dan Qasar Maghrib dan Isya’
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Takdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Takdim kerana Allah Taala.
Niat Solat Jamak Takhir dan Qasar Zohor dan Asar
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Takhir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Takdim kerana Allah Taala.
Niat Solat Jamak Takhir dan Qasar Maghrib dan Isya’
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Takhir kerana Allah Taala
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Maksudnya : Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Takhir kerana Allah Taala.
No comment yet, add your voice below!