Kita sambung semula perbincangan mengenai cabaran guru al-Quran dalam mengajar al-Quran yang selalu tidak berkesan. Cabaran ini mengajar kita untuk sentiasa mampu memikul beban dan bertahan. Cabaran ini juga yang menghapuskan dosa dan memperbanyak pahala. Maka bila berhadapan dengan masalah, tenang, sabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah SWT. Mereka yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT.
Untuk mengatasi masalah guru al-Quran ini supaya boleh mengajar pelajar dengan lebih mudah adalah seperti perkara yang kita bincangkan.
Pertama ialah setiap murid itu perlu diasingkan mengikut tahap bacaan mereka. Murid-murid kita tidak boleh satukan mereka dalam kumpulan, jika mereka tahap pencapaian yang berbeza. Tidak kisah siapa yang kita mahu ajar seperti anak, suami atau mengajar isteri. Cuma bagaimana caranya yang nak selesaikan masalah yang pertama kita kena kenalpasti tahap anak murid, tahap suami atau tahap anak kita dimana mereka berada. Adakah dalam keadaan yang sederhana, lemah atau baik.
Jangan terus mengajar contohnya kita mengajar di masjid atau surau, kita jangan anggap semua itu tidak reti, mungkin ada dalam kalangan mereka itu sudah pandai atau tahap sederhana. Bila kita sudah kategorikan tahap mereka, maka cara mengajar mereka tidak sama dengan kategori yang lain. Katalah jika murid kita gabungkan, maka akan menggangu proses pengajaran sedangkan kita mahu mengajar orang yang tidak pandai atau orang yang buta al-Quran sebab itu kita perlu buat pengasingan.
Kedua kita ini guru al-Quran jangan campur mereka ini, kalau campur akan jadikan masalah. Kalau kita guru kita dengar seorang demi seorang membaca, yang lain akan buat apa? Kadang-kadang kita tidak boleh kawal dan terpaksa pegang rotan.
Seterusnya, guru ini perlu mengetahui cara mengajar iaitu dipanggil padagoji. Kebanyakan ustaz dan ustazah, dia boleh mengaji tetapi mereka tidak didedahkan cara mengajar yang betul. Mengaji dan membaca al-Quran itu cara yang berbeza dengan cara mengajar. Mengajar adalah mahu sampaikan kepada orang lain untuk orang yang tidak mahir. Untuk semua orang yang mahu jadi cikgu di sekolah rendah atau menengah kena dapatkan Diploma pendidikan, Ijazah Pendidikan atau hadiri kursus dan kena ada bimbingan yang beterusan.
Walaupun mereka sudah jadi cikgu, mereka juga perlu tingkatkan ilmu padagoji itu. Zaman sudah berubah jadi kita kena tingkatkan ilmu pengetahuan atau ilmu mengajar, jangan sama sahaja zaman dahulu lain zaman sekarang lain. Dulu pelajar kita tak sama dengan pelajar sekarang. Cara berfikir murid-murid sekarang tidak sama, mereka telah didedahkan dengan telefon pintar. Pendekatan itu kena berubah.
Yang ketiga yang saya mahu tekankan, bila mengajar kanak-kanak tidak sama dengan orang dewasa. Kalau anda mengajar di sekolah menengah atau rendah, tiba-tiba anda mahu mengajar di masjid atau surau mengajar kepada orang dewasa, tidak sama kemahiran itu. Bagi kita mengajar di sekolah-sekolah murid itu ada peperiksaan, tetapi bagi orang tua yang penting boleh baca al-Quran sahaja dan tidak penting nama-nama hukum itu. Sebab matlamat mereka membaca al-Quran, mereka yang belajar hanya untuk membaca al-Quran sahaja.
Keempat jadi sebagai seorang guru yang memotivasikan mereka. Puji mereka dan janganlah marah kalau mereka baca silap sebab murid akan penat dengan kita asyik tegur dan semua salah. Katalah anda mengajar orang mualaf nak betulkan makhraj senang tak? Dia akan jadi putus asa jika kita sebut sahaja mahu betulkan makhraj. Makhraj itu kedua, janganlah awal-awal hendak betulkan makhraj. Biar dia kenal dahulu huruf hijayyah, ini belum kenal sudah ajar mahkraj. Kita yang sudah islam tidak belajar yang berdosa dan kita kena belajar.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda dalam hadisnya “Sebaik-baik kamu yang belajar dan mengajar al-Quran”. Pertama kita belajar dahulu dan sampai kita boleh mengajar orang lain. Bukan kita hanya belajar sahaja sampai bertahun-tahun, tapi mahu belajar orang lain tidak berani untuk mengajar orang lain.
Mari kita sebagai guru al-Quran untuk tingkat ilmu agar lebih ramai boleh kita bantu umat Islam membaca al-Quran di Malaysia ini. Maka peratus orang yang tidak reti membaca al-Quran dalam kalangan orang dewasa juga akan menurun. Insyaallah.
No comment yet, add your voice below!