Semua orang pasti pernah mengalami sakit, tidak kisah sakit ringan ataupun sakit berat yang boleh halang aktiviti harian kita. Kita semua tidak pernah lari daripada kesakitan kerana dengan sakit ini penghapus dosa kita sedikit demi sedikit. Disebalik penyakit yang kita alami, tentu ada hikmahnya yang sangat berharga. Allah SWT pasti menyimpan hikmah di sebalik setiap sakit yang kita alami.
Allah SWT takdirkan kita untuk sakit, pasti ada alasan tersendiri yang menjadi penyebab semua itu. Tidak mungkin Allah SWT melakukan sesuatu tanpa sebab yang mendahuluinya atau tanpa hikmah di sebalik itu semua.
Sekarang bumi tengah sakit, baru-baru ini kita satu dunia di gemparkan dengan peristiwa wabak Covid-19. Semua orang dalam keadaan yang sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk hindari wabak ini. Lebih baik mencegah daripada mengubati, sebaik-baiknya kita ambil alternatif untuk hindarkan diri sendiri dan keluarga daripada tergolong daripada penyakit wabak Covid-19 ini.
Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Di antara ajaran Nabi SAW apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit adalah pencegahan dan menjadi tanggungjawab setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengelakkan diri dari tempat-tempat awam, termasuk masjid, agar orang yang sihat tidak dijangkiti.
Sabda Nabi SAW :
“Apabila kamu mendengar wabah berjangkit di suatu negeri, maka janganlah kamu datangi negeri itu. Dan apabila wabah itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, janganlah kamu keluar dari negeri itu karena hendak melarikan diri darinya.”
Hadits riwayat Muslim no.4115
Islam telah menunjukkan solusi dalam menghadapi keadaan sebelum dan semasa wabak.
1. Sebelum wabak – Islam mementingkan aspek kebersihan, kesucian diri dan persekitaran, makan makanan yang halal dan baik (toyyib) untuk mengurangkan risiko terkena penyakit.
2. Sentiasa rujuk kepda ahlinya – pakar perubatan, pakar teknologi dan para saintis (termasuk dalam aspek pencegahan dan pengawalannya)
3. Semasa wabak – terdapat perintah daripada Rasulullah untuk tidak memasuki ke daerah yang dilanda wabak dan tidak keluar dari daerah yang dilanda wabak. (rujuk hadis dalam artikel)
4. Negara hendaklah menyediakan perkhidmatan kesihatan sebaiknya kepada rakyat termasuk mencari penawar dan rawatan bagi menghentikan penularan wabak
5. Negara Islam wajar memberi tumpuan dalam membangunkan industri penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi perubatan daripada terus bergantung kepada Barat yang berorientasikan keuntungan dalam sistem kapitalis.
6. Sentiasa berdoa dan berharap hanya kepada Allah SWT kerana sesungguhnya kesembuhan itu datangnya daripada Allah SWT.
Sumber:
SN564 – Wabak Coronavirus: Ibrah Dan Sikap Ketika Menghadapi Ujian Tuhan
No comment yet, add your voice below!