Pada hari ini, ramai kalangan kita yang boleh membaca al-Quran tapi tidak mengajar orang lain untuk turut sama mahir membaca al-Quran. Golongan ini mereka boleh sahaja mengajar ahli keluarga seperti suami, isteri atau anak-anak. Mengajar ini perlukan cabaran tambahan pula mengajar anak-anak kecil. Mengajar ini mempunyai 2 kategori iaitu padagoji dan andragoji, contohnya padagoji ini untuk mengajar kanak-kanak dan andragoji ini digunakan untuk mengajar orang yang lanjut usia.
Setiap kategori ini tidak sama, bagi yang mengajar menggunakan padagoji kepada kanak-kanak sangat mencabar tambahan pula yang masih kecil. Mereka ini hanya fokus sekejap sahaja dan untuk mengajar mereka perlukan ilmu sebelum mengajar mereka. Jangan mudah untuk marah dan rotan, guru-guru perlu kursus dahulu sebelum mengajar.
Blog kali ini kita akan bincangkan mengenai aspek dalam mengajar al-Quran. Nabi SAW bersabda :
“Sebaik-baik manusia adalah yang belajar dan mengajar al-Quran”
Jika tiada yang mengajar siapa yang akan belajar al-Quran, kita ini tidak di lahirkan dengan ada ilmu tanpa kita belajar untuk menuntut ilmu. Kita menjadi seorang yang yang berjaya disebabkan oleh didikan guru dan tanpa guru kita tidak akan ada ilmu. Kita perlu hormat guru dan walaupun guru itu hanya mengajar sekejap sahaja itu juga di anggap guru supaya ilmu yang kita dapat itu berkat.
Adab belajar ini juga penting semasa kita menuntut ilmu dan bagi guru jika kita mengajar perlu kenal pasti siapa murid kita. Guru al-Quran juga perlu tahu tahap bacaan al-Quran untuk setiap pelajar agar kita tidak salah memberikan ilmu kepada murid. Sebelum mulakan sesi belajar kita perlu lakukan ujian dahulu untuk memastikan setiap tahap mereka kita tahu dan cara penyampaian semasa di dalam kelas juga murid boleh ikuti tanpa ada salah faham.
Pelajar juga perlu bekerjasama dalam satu kelas, jika ada kawan yang masih merangkak kita juga perlu berikan beliau peluang dan jangan kita mendesak untuk menjadi seperti kita. Cuba kita faham situasi orang yang lanjut usia dan baca bersama-sama agar beliau boleh ikuti tanpa ada yang tertinggal.
Jika kita baru belajar al-Quran, baca sahaja secara perlahan-lahan yang penting bacaan kita itu betul dari sebutan dan tajwidnya.
Kesimpulan dari blog pada kali ini, guru al-Quran perlu belajar dari zero. Jangan sombong untuk menuntut ilmu nanti kita akan rugi. Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kepada anda.
No comment yet, add your voice below!