Selawat Tafrijiyah: Kelebihan buat pengamal

May 23, 2022 | Info

Selawat Tafrijiyah semakin dikenali semenjak wujudnya tiktok dan reels di Instagram. Ramai yang post tentang kemerduan suara yang mengalunkan selawat Tafrijiyah ni tapi tau tak apa kelebihan selawat Tafrijiyah ni di dalam kehidupan kita seharian. Untuk yang ditimpa masalah, yang sedang sakit dan yang ada sebarang hajat sangat digalakkan untuk mengamalkan selawat Tafrijiyah ini.

APA ITU SELAWAT TAFRIJIYAH?

Selawat Tafrijiyah ini dikenali sebagai selawat Kamilah atau Selawat Nariyah yang bermaksud sempurna atau terbuka. Besar pengertian dan kelebihannya jika sesiapa yang mengamalkannya.

Maksud sempurna dan terbuka adalah jika diizinkan Allah swt, segala kesempitan akan hilang atau terbuka luas untuk keluar darinya. Sebagai umat islam, kita hendaklah yakin bahawa janji Allah itu pasti.

Jika kita mahukan kehidupan seharian yang sempurna, lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan atau bersaing secara sihat dalam apa juga hal dalam kehidupan, ada baiknya mengamalkan Selawat Tafrijiyah.

MASA YANG SESUAI MEMBACA SELAWAT :

Masa yang sesuai membaca selawat Tafrijiyah ini seeloknya dibaca dan diamalkan selawat ini selepas solat fardhu sebanyak mana yang kita mampu. Susah nak mengamalkan setiap waktu? Buatlah bila kita ada kelapangan.

ANTARA KEBAIKAN MENGAMALKAN SELAWAT INI:

  • Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  • Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  • Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  • Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  • Dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
  • Sentiasa dicintai oleh semua orang.
  • Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah SWT.
  • Dimurahkan rezekinya dan dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama