Sedekah Membawa Berkat

May 8, 2020 | Haraki

Semua orang tahu bahawa sedekah adalah amalan yang baik dan terpuji. Orang yang suka bersedekah disukai Allah SWT, masyarakat dan membawa ke syurgaSedekah menjadi antara amalan yang paling susah kita hendak lakukan, khususnya masyarakat yang tidak suka berkongsi harta dengan orang lain atau senang kata orang yang kedekut.

Orang mukmin yang memahami maksud sedekah itu akan tahu bahawa sedekah ini menyucikan diri bahkan pahalanya berkekalan hingga ke hari pembalasan/akhirat.

Dari Rasulullah S.A.W :

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّه

 

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” (HR Muslim : No 4689)

Kita bersedekah hendaklah disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT, janganlah kita mengharap kepada pujian dan sanjungan orang lain. Sedekah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan akan merosakkan niat bersedekah kita sendiri.

Kita digalakkan untuk bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah SWT melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah SWT.

Oleh itu, bersedekahlah mengikut kemampuan yang kita ada. Hulurkanlah sedekah semampu yang mungkin walaupun tidak sebesar mana sebab dengan sedekah itu kita boleh tolong orang lain yang memerlukan.

Biarpun jumlahnya sedikit, namun yang penting kita ikhlas untuk bersedekah.

Berserahkan kepada Allah SWT dan mudah-mudahan kita akan memperoleh ganjaran selayaknya.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama