Rasulullah SAW bersabda,
“Sampaikan apa yang (kamu terima) daripadaku, walaupun satu ayat”.
Pengenalan
Peranan sebagai guru untuk menyebarkan ilmu pengetahuan penting kerana dengan adanya kesungguhan ini dia dapat mewujudkan kesedaran ilmu di kalangan masyarakat khasnya umat Islam. Para pendidik perlu mengikuti teladan Rasulullah SAW dalam usaha mengembangkan ilmu pengetahuan.
Ini salah satu sebab para nabi dan rasul ditugaskan untuk mengajar dan menyebarluaskan ilmu Islam pada zaman dahulu. Hasil daripada ketekunan dan kesabaran mereka menyebabkan sinar Islam masih teguh menyinar sehingga kini.
Manfaat dan keistimewaan jika anda menjadi guru mengaji:
- Menjadi insan yang terbaik di sisi Rasulullah SAW
Andai ingin menjadi orang yang terbaik di sisi Rasulullah SAW, maka pelajarilah Al-Quran dan ajarkan ilmu Al-Quran kepada orang lain. Perkara ini disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Tahukah kita tentang kisah seorang Tabi’i bernama Abu Abdul Rahman al-Sullami? Beliau adalah Tabi’i yang benar-benar mengamalkan hadis yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW seperti ayat di atas. Beliau telah menjadi guru Al-Quran sejak dari zaman pemerintahan Saidina Uthman sehinggalah pada zaman al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi.
2. Guru Al-Quran dipandang tinggi oleh masyarakat langit dan bumi
Rasulullah SAW bersabda:
“Akan terputus segala amalan seseorang anak Adam setelah ajal menjemputnya, kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, penyebaran ilmu bermanfaat kepada orang lain dan doa daripada anak-anak soleh.” – Hadis riwayat Muslim
Mereka yang mengamalkan dan mengajarkan ilmu Al-Quran kepada orang lain boleh digelar sebagai pewaris Rasulullah SAW. Usaha dan penat lelah mengajar ilmu Al-Quran kepada orang lain akan sentiasa dihitung dan dipandang tinggi oleh masyarakat langit dan bumi.
3. Aliran pahala yang berterusan sehingga dijemput ajal
Selari dengan pesanan Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang mampu memberikan manfaat buat masyarakat.” – Hadis riwayat Ahmad
Orang yang dapat menyebarkan manfaat kepada masyarakat mampu menjadi aset pahala yang berterusan malah sehingga masuk ke alam kubur kelak. Sebagai contoh, tugas seorang guru yang mendorong generasi muda dan juga masyarakat setempat untuk melakukan ibadat atau perkara yang disuruh oleh Allah SWT.
4. Sebagai peringatan bersama termasuk buat diri sendiri
Bekerja sebagai tenaga pengajar Al-Quran secara langsung dapat memberi peringatan buat diri sendiri untuk konsisten dalam mempelajari Al-Quran dan segala ilmu yang terkandung di dalamnya. Dalam pada masa yang sama mengajar Al-Quran juga mampu meninggikan darjat kedua orang tua seperti hadis riwayat Abu Dawud:
“Barangsiapa membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran, Allah SWT akan memakaikan mahkota yang menyinar lebih daripada sinaran matahari dunia buat kedua orang tuanya pada hari kiamat.”
5. Guru Al-Quran mempunyai peluang untuk belajar sambil mengajar
Menjadi guru tidak hanya tertumpu kepada pengajaran ilmu kepada pelajar. Malah melalui perkongsian ilmu pengetahuan antara pelajar dan guru dapat membuka peluang kepada semua pihak untuk belajar antara satu sama lain. Ini kerana mempelajari dan mengajarkan ilmu Al-Quran sangat dituntut dalam Islam.
Kesimpulan
Marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk mengumpul saham akhirat dengan menjadi seseorang yang sering menyebarkan manfaat kepada orang lain. Bagaimana? Dengan cara menjadi tenaga pengajar Al-Quran sama ada secara part time mahupun full time.
Kaedah Haraki membuka peluang dan khidmat untuk mempelajari Al-Quran dengan menggunakan pendekatan Kaedah Haraki sekaligus menjadi tenaga pengajar yang mampu menyebarkan manfaat buat masyarakat.
No comment yet, add your voice below!