Skip to content

Realiti Kehidupan Pengajar Al-quran

Loading

Setiap orang mempunyai cabaran dalam kehidupan dan Allah SWT menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah SWT hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana ketakwaan kita sebagai hamba-Nya.

Tidak ada mereka yang berjaya tanpa ada luka di badan, tidak ada mereka yang boleh mendaki bukit dan gunung tanpa jatuh dalam lembah gaung dan sebagainya. Cabaran adalah satu perkara yang mesti berlaku malah kalau ada orang yang berjaya tanpa cabaran, tanpa ada rintangan, pastinya itu bukan kejayaan yang sebenarnya. Usaha ini umpama tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempedu.

“Usaha ini umpama tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempedu”

Kali ini kita akan bincangkan mengenai cabaran untuk guru al-Quran, jangan ingat orang yang ada ilmu ini tiada cabaran. Guru al-Quran yang sentiasa mempunyai cabaran apabila mengajar anak murid kuasai al-Quran tetapi apa yang mereka ajar tidak sampai kepada anak murid.

Mari kita renungkan dan perbaiki cara mengajar apabila kita mempunyai cabaran yang kita akan bincangkan ini.

Cabaran yang utama ialah susah untuk memperkenalkan huruf hijayyah, nak kenalkan huruf hijayyah ini memang susah. Kadang-kadang mula sahaja ingat lama-lama sudah lupa. Berbagai-bagai pendekatan ustaz dan ustazah gunakan untuk memperkenalkan huruf hijayyah. Kebanyakkan orang menggunakan latih tubi iaitu secara latihan. Jadi apa kesan yang kita dapat jika kita mengajar seperti itu, kesan yang kita dapat ialah pelajar hanya boleh hafal dan ingat huruf hijayyah. Tetapi pelajar tidak kenal mana satu huruf itu, bila bersambung terutamanya akan terdapat kekeliruan. Jika kita dapati huruf ini kebanyakkannya huruf-huruf itu bersambung dan bukan huruf tunggal.

Cabaran yang kedua ialah bagaimana hendak betulkan makhraj huruf sebab dalam al-Quran huruf itu ada makhraj yang tertentu iaitu ada yang tebal, nipis, ringan dan berat. Jadi hendak betulkan makhraj itu ada masalah atau tidak. Kadang-kadang perlukan masa yang bertahun-tahun atau berbulan-bulan untuk betulkan makhraj.

Cabaran yang ketiga ialah nak perkenalkan baris. Dalam al-Quran ada enam bentuk baris iaitu 3 yang tunggal dan 3 yang berbaris dua. Cabaran dia adalah kadang-kadang lupa mengenai baris atas, baris bawah masih berterabur lagi.

Cabaran yang keempat ialah nak kenalkan hukum-hukum tajwid, kita sendiri guru al-Quran pun keliru dengan hukum tajwid. Bagi kita guru al-Quran tidak masalah, untuk mengajar anak murid kita itu yang cabarannya bagi mereka ingat.

Cabaran yang kelima cepat dan mudah lupa, hari ini belajar esok sudah lupa. Mereka lupa sebab mereka tidak selalu baca, dekat sekolah dan depan cikgu sahaja baca, lepas itu dirumah mereka tidak membaca. Itu juga dipanggil cabaran bagi kita untuk murid-murid yang mudah lupa apatah lagi bila kita mengajar orang tua atau dewasa. Ingatan mereka tidak panjang dan lama.

Cabaran keenam iaitu nak kekalkan motivasi semangat pelajar itu, supaya dia bersemangat nak belajar itu pun penyeksaan juga. Mahu kekal mereka minat dan seronok untuk belajar. Itu bukan senang dan itu susah, perasaan ini sekejap sahaja.

Cabaran yang ketujuh ialah masalah tidak boleh mengajar orang secara beramai-ramai. Kalau mengajar ramai-ramai murid tidak akan boleh kawal, contoh ada 40 orang murid, agak-agak senang atau tidak mahu kawal murid. Masa pembelajaran itu berlansung seorang itu membaca dan seorang lagi main telefon. Tempoh mereka belajar tidak lama boleh kata 10 minit sahaja belajar di depan kita. Yang lain itu kita harapkan mereka mengulang dan membaca tetapi mereka tidak membaca, maknanya bila ramai masalah yang kita hadapi bila murid itu ramai kita susah mahu kawal. Ramai guru-guru yang mengeluh.

Cabaran yang kelapan ialah masalah yang ramai orang hadapi ialah bila murid itu ramai, tahap pencapaian itu tidak sama. Ada seorang itu cepat dan lagi seorang itu mengambil masa yang terlalu lama untuk pandai. Masalah kita ini yang kena baca seorang demi seorang sebab tahap bacaannya tidak sama, ada yang laju ada yang perlahan.

Bagi anda yang ingin tahu penyelesaian bagi cabaran untuk guru al-Quran, saya akan berikan cara penyelesaian untuk blog yang akan datang. Nantikan untuk ubah anda jadi guru al-Quran yang lebih mahir dalam mengajar orang lain membaca al-Quran.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda di riwayat oleh Ali bin Talib dia mendengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Didiklah anakmu dengan 3 perkara. Yang pertama ialah cintakan Nabimu, yang kedua mencintai keluarga Nabimu dan yang ketiga membaca al-Quran”.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki