Skip to content

Allah SWT membenci orang yang menguap

Loading

Menguap adalah mengangakan mulut dengan mengeluarkan nafas disebabkan oleh mengantuk. Menguap merupakan sistem semula jadi yang berlaku kepada tubuh badan sebagai tanda dan isyarat bahawa badan perlukan rehat . Menguap tidak dilarang dalam Islam namun terdapat adab-adab yang harus diterapkan oleh seorang muslim. Bagaimanakah adab menguap dalam Islam?

1. Disunnahkan untuk menahan ketika menguap.

Menguap adalah hal yang dibenci Allah swt kerana menguap datangnya dari syaitan. Oleh yang demikian kita disunnahkan untuk menahan ketika menguap. Diriwayatkan dari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai bersin dan membenci menguap, jika seseorang bersin, lalu ia memuji Allah, maka wajib bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu). Sedangkan menguap berasal dari syaitan, karena itu, jika seseorang menguap, maka hendaklah ia menahannya sekuatnya, kerana ketika seseorang menguap, maka syaitan telah mentertawakannya.” (HR. Bukhari)

2. Menutup Mulut Ketika Menguap

Apabila menguap kita disarankan untuk menutup mulut dengan tangan kanan. Itu merupakan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menguap. Namun, ada dalam kalangan ulama’ yang berpendapat bahawa perkara yang buruk perlu dimulakan dengan sebelah kiri seperti masuk ke tandas dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dalam mengikut sunnah Rasulullah SAW ketika menguap, ia hendaklah ditutup dengan tapak tangan kanan manakala jika hendak menggunakan tangan kiri, maka hendaklah ditutup dengan bahagian belakang tapak tangan kiri.

Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya kerana ssesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka) HR Muslim.

3. Menguap Tanpa Mengeluarkan Bunyi

Sebolehnya ketika menguap dielakkan mengeluarkan bunyi sama ada ‘hah’ di akhirnya atau sepanjang mulut dingangakan.

Menurut Kitab Riyadhus Salihin, makruh hukumnya orang yang mengeluarkan bunyi ketika menguap kerana ia dikatakan merupakan satu perbuatan yang tidak beradab.

“Jika seseorang mengucapkan ‘hah’, maka syaitan akan mentertawakannya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki