Allah swt berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun dapat membersihkan harta, memperkayakan hati, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah swt.
Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan ini, sedekah adalah jalan penyelesaiannya. Secara logiknya, apabila berada dalam kekurangan, pasti kita mengharapkan orang lain memberikan sesuatu.
Namun, berfikiran sedemikian perlu diubah kerana dengan amalan bersedekah walaupun dalam keadaan kekurangan menyebabkan diri kita akan memperoleh banyak kelebihan. Bersedekah juga bukan hanya dengan wang ringgit malah dengan cara berdoa, memberikan senyuman, menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan banyak lagi.
Jom lihat rahsia disebalik bersedekah
- Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.
- Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di dalam kubur.
- Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
- Sedekah dapat menghapuskan dosa-dosa yang lepas.
- Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.
- Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
- Sedekah mampu melepaskan daripada kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah S.W.T
- Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.
- Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.
- Sedekah yang paling baik adalah menyampaikan pesanan yang baik kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah. InsyaAllah, Allah memberikan ganjaran buat anda.
Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
No comment yet, add your voice below!