Skip to content

Qadar Allah: Setiap yang terjadi sudah ditentukan

Loading

Setiap perkara atau keadaan yang terjadi ke atas makhluk yang wujud di dalam alam semesta ini bukanlah suatu yang berlaku dengan sendirinya atau secara kebetulan. Ia adalah suatu yang telah dirancang dengan teliti dari semua segi, semua ukuran, semua sudut dan semua keadaan oleh Allah SWT seperti mana yang telah difirmankan dalam surah al-Qamar ayat 49. Begitu juga di dalam surah al-Furqan ayat 2. Setiap ketentuan Allah itu adalah Qadar-Nya.

  1. “Sesungguhnya Kami ciptaan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi.” – (al-Qamar:49)
  2. “Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan taqdir yang sempurna.” – (al-Furqan:2) 

Oleh itu kita harus sedar bahawa Qadar itu ialah ketentuan atau ketetapan Allah SWT sejak azali lagi. Sejak azali itu bermaksud suatu yang tiada permulaan. Sesuatu yang tiada permulaan ialah sesuatu yang wujud sebelum wujudnya masa atau waktu. Kita perlu faham bahawa ‘waktu’ itu adalah makhluk Allah sebagai mana makhluk yang lain seperti manusia, binatang, tumbuhan, batu, air, udara, langit, malah mati juga adalah suatu makhluk.

Semua yang wujud dan berlaku di atas muka bumi ini sudah ditentukan oleh Allah SWT kerana Dia adalah ‘Khaliq’ iaitu Maha Pencipta. Dia boleh mencipta apa sahaja sama ada baik mahupun buruk.

Cuba kita lihat situasi berikut:

  1. “Alhamdulillah, dapat kerja kerajaan dekat dengan rumah. Boleh tinggal dengan ibu dan ayah”.
  2. Seorang ayah meninggal dunia meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak dalam kejadian banjir pagi semalam.”

Sebenarnya yang berlaku tiada yang kebetulan, semuanya sudah dalam ketetapan Allah SWT:

  1. Allah telah menetapkan (Qadar Allah), hari ini orang itu mendapat pekerjaan yang baik malah dekat dengan kedua orang tua. Bersyukurlah kerana ia mungkin sebagai ujian atau anugerah dari Allah swt.
  1. Allah telah menetapkan(Qadar Allah) ajal si ayah tersebut pada hari itu. Sesungguhnya Allah berupaya mengambil kembali apa yang telah dipinjamkannya. Tidak mengapa mengalirkan air mata tanda kesedihan tetapi tidaklah perlu terlalu kecewa sehingga bertindak melulu. Seolah-olah tidak redha dengan ketentuan Allah swt. Siapalah kita untuk tidak bersetuju dengan ketentuan-Nya.

Oleh itu, Allah SWT telah mengajar manusia seperti mana di dalam Al-Quran bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh takdir (Qadar) Ilahi supaya mereka menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT, agar hati mereka tenteram dan tenang serta menerima takdir tersebut dengan hati yang terbuka.

Loading

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki