Penyerahan Al-Quran Wakaf SK Parit Haji Wahab

May 6, 2022 | Al-Quran

Pada 28 April 2022, Isnin bersamaan 26 Ramadhan Pengasas Kaedah Haraki iaitu Ustaz Hj Zakaria Nasiruddin dan team haraki telah menyerahkan Al-Quran Wakaf hasil dari orang ramai yang telah berwakaf dengan Kaedah Haraki. Penyerahan Al-Quran wakaf ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Wahab, Tanjong Piandang, Perak. Turut hadir dalam program ini adalah guru-guru sekolah dan juga pelajar lebih kurang 30 orang dalam lingkungan umur 11 hingga 12 tahun.

Penyerahan Al-Quran wakaf diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Parit Haji Wahab Tanjong Piandang adalah sebanyak 10 Naskah melalui Haraki & Usrah Prihatin dan sumbangan 10 naskah secara individu daripada Puan Rohana iaitu pelajar Kelas Intensif Haraki.

Selain penyerahan Al-Quran wakaf, terdapat juga program khas bersama pelajar terpilih. Menariknya dalam program khas bersama pelajar, Ustaz Zakaria telah membuat perkongsian beberapa jenis tarian tajwid dalam kaedah haraki seperti tarian cacing dan buka pintu. Kemudian, Ustaz Zakaria membuat perkongsian mengenai buku asas Al-Quran haraki (buku kuning) seperti huruf Ba, Nun dan Sin.

Semoga tuan puan semua dapat terus menyumbang dan berwakaf kerana Allah swt dan yang telah berwakaf dengan kaedah haraki semoga pahala tersebut terus mengalir selagi mana Al Quran tersebut digunakan dan pewakaf mendapat ganjaran yang besar disisi Allah swt.


Berminat untuk wakaf Al-Quran boleh klik link ni..

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama