Kelas Trial Kaedah Haraki
RM9.90
Teringin nak belajar kaedah Haraki tapi just nak cuba-cuba dulu? Boleh.. Sertai KELAS TRIAL KAEDAH HARAKI secara online. Anda akan rasai suasana sebenar dalam kelas Haraki dan faham betapa mudah dan cepatnya untuk pandai baca Al Quran bertajwid. Tak perlu bertahun dah untuk pandai mengaji. Shortcut untuk anda 💪🏻🔥
Yuran Kelas: RM9.90
Testimoni Peserta & Pelajar
Lihat bagaimana kaedah Haraki mengubah cara ramai belajar Al-Quran.
Sebelum kenal Haraki, saya memang tahu huruf, tapi sebutan tu tak yakin. Huruf macam Sod dan Zo kadang saya tersasul, jadi macam "zohor" atau "tolak". Sod dan Dod pula kadang terbalik, sampai saya ingat sotong atau doremon! Tapi lepas belajar Haraki, Alhamdulillah, jadi mudah. Bila tersekat, saya ingat balik tips yang diajar, terus boleh sambung. Sekarang, Alhamdulillah, saya dah boleh baca al-Quran sendiri di rumah. Walaupun ada kesalahan kecil, saya rasa lebih yakin sebab dah ada asas. Kaedah Haraki ni betul-betul membantu saya. Syukur sangat!
Saya pernah belajar sedikit-sedikit sendiri, tetapi akhirnya berhenti kerana tiada guru yang membimbing saya secara konsisten. Kini, dengan teknologi moden, kita dapat belajar secara jarak jauh dengan guru melalui sesi dalam talian, yang sangat memudahkan. Alhamdulillah, saya akhirnya mencuba kaedah Haraki selama 4 minggu. Dalam tempoh itu, saya mula mengenal huruf dan akhirnya mampu membaca Al-Quran. Saya sangat terkejut betapa mudahnya proses belajar ini, sehingga saya tertanya-tanya, “Kenapa dulu aku tidak boleh baca?”. Kaedah ini benar-benar berkesan, terutama untuk mereka yang buta Al-Quran tetapi mampu membaca rumi.
Alhamdulillah, saya mula kenal huruf, mula faham tajwid, dan sekarang dah boleh baca al-Fatihah dengan betul. Dulu, nak bezakan huruf pun keliru, tapi sekarang saya rasa nikmat sangat bila boleh baca walaupun masih merangkak-rangkak. Yang best, kaedah Haraki ni macam ada akar kuat – bila kita faham asas, terus mudah nak follow. Dalam masa 3 bulan, saya dah boleh buka al-Quran dan baca sikit-sikit. Secara tak langsung, saya juga mula boleh baca jawi, walaupun sebelum ni memang fail.
Siapa Yang Patut Sertai

Orang dewasa yang celik rumi tapi masih belum pandai baca Al-Quran.

Orang dewasa yang pernah belajar mengaji tapi masih tak lancar & keliru tajwid.

Orang dewasa yang nak cuba kaedah mengaji lain tanpa perlu hafal Iqra'

Orang dewasa yang sibuk dan jauh, susah nak hadir kelas mengaji di luar.

Apa Yang Anda Akan Pelajari
Bermula dengan mengenal huruf Hijaiyyah dan simbol tajwid, anda akan faham betapa mudah dan cepatnya untuk pandai baca Al Quran bertajwid.
Belajar huruf hijayyah dengan cara paling mudah.
Fahami simbol tajwid dengan pendekatan yang lebih santai.
Teknik penguasaan asas bacaan melalui modul interaktif.