PKP: Usrah Haraki beri sumbangan di Kubu Gajah

Apr 19, 2020 | Haraki, Program

LARUT: Pengasas Usrah Haraki Sdn Bhd, Ustaz Zakaria Din @ Nasiruddin bersama Sekretariat DUN Kubu Gajah telah turun padang membantu penduduk yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, pihak syarikat tersebut telah menyediakan sumbangan berupa barangan bekalan makanan untuk diberikan kepada penduduk di RTBK dan Sungai Dendang Jalan Taiping, di sini baru-baru ini.

Menurut Ustaz Zakaria, beliau berhasrat membantu komuniti di DUN Kubu Gajah kerana memahami situasi kebanyakan penduduk yang mengalami kesukaran mendapatkan bekalan dalam suasana dihadapi ketika ini.

ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya yang turut serta dalam lawatan tersebut telah mengambil kesempatan menyampaikan nasihat kepada penduduk agar mematuhi disiplin dan arahan di bawah PKP, selain menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

Selain barangan dapur, wang tunai turut diberikan kepada penduduk yang diziarahi dan pihak Sekretariat mengharapkan para dermawan terus memberi sumbangan untuk rutin bantuan seumpama diteruskan. 

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama