Skip to content

Penyakit Ain

Loading

Penyakit ain merupakan penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap sesuatu yang dipandang. Orang yang memiliki perasaan tersebut tentunya akan memiliki pandangan yang penuh kebencian atas kebahagiaan seseorang. Penyakit ain ini boleh datang dari sesiapa sahaja tidak kira orang soleh mahupun tidak.

Allah SWT berfirman:

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ       Surah al-Qalam (51)

Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian).

Penyakit ain ini telah dikenal pasti sejak dahulu lagi iaitu pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Ain itu benar-benar ada. Andaikan ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, sungguh ‘ain itu bisa.” (HR. Muslim No.2188)

Nabi Muhammad SAW pernah menyarankan bahawa seseorang untuk diruqyah untuk menyembuhkan dirinya dari penyakit ain. Dikisahkan Nabi Muhammad SAW pernah melihat anak perempuan Ummu Salamah r.a. yang masih kecil dengan wajah yang cenderung berwarna hitam. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Mintakanlah ruqyah untuknya karena dia terkena nadzarah iaitu penyakit ain.” HR. al-Bukhari dan Muslim)

Penyakit ain berpunca dari pandangan mata. Penyakit ain bukanlah daripada perbuatan sihir seperti apa yang dianggap oleh sesetengah orang. Memetik kata dari pendakwah Ustaz Hadi Talhah, penyakit ‘ain seperti gangguan yang tidak normal bagi seseorang. Seseorang yang terkena penyakit ain tidak semestinya sakit apabila tertimpa penyakit ini, kesannya boleh dirasai dengan cara lain seperti sering keresahan, tidak boleh tidur dan sebagainya.

Orang sering mengaitkan penyakit ain dengan sihir kerana tanda-tandanya yang hampir sama. Antara tanda-tanda lain bagi penyakit ain ialah :

1. Wajah kelihatan pucat seperti sedang sakit.
2. Badan selalu rasa lemah dan tidak bersemangat.
3. Sering diserang demam panas.
4. Selalu marah-marah tanpa sebab serta emosi tidak stabil.
5. Dibenci oleh ahli keluarga dan orang terdekat.
6. Bermimpi sesuatu yang pelik.

Penyakit ain terjadi kepada seseorang adalah disebabkan oleh takdir Allah SWT yang telah ditetapkan dan merupakan salah satu qada dan qadar daripada Allah SWT. Oleh itu, kita sebagai manusia biasa wajib bertawakal serta memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada terkena sebarang penyakit berbahaya dengan memperbanyakkan amalan zikir, doa serta bacaan Al-Quran.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki