Pendekatan TPR Bantu Guru Pendidikan Islam di Kelantan

Aug 22, 2022 | Al-Quran, bengkel, Haraki, Program

TANAH MERAH: Seramai 92 peserta yang terdiri daripada guru-guru pendidikan islam Jajahan Tanah Merah, Jajahan Jeli dan Jajahan Machang telah menghadiri Seminar Pengajaran Asas Al-Quran Kaedah Haraki yang bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tanah Merah, Kelantan. Seminar tersebut berlangsung pada 17 Ogos 2022 dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. 

Dianggarkan sebanyak 83 buah sekolah dan 4 murid tahun 6 dijadikan sampel dalam seminar tersebut. Alhamdulilah, setakat ini sambutan dari pihak guru-guru sangat baik dan memberi pandangan yang positif tentang Kaedah Haraki ini yang menggunakan TPR (Total Physical Response).


All


Seminar Pengajaran Asas Al-Quran Kaedah Haraki
















Jelas terpancar keseronokan dan keterujaan guru-guru pendidikan islam di PPD Tanah Merah, Kelantan menggunakan inovasi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran membaca Al-Quran menerusi Kaedah Haraki. Kaedah ini melibatkan komunikasi dua hala antara guru dan murid. Selain itu, gabungan antara visual, audio dan kinastatik mampu menarik minat murid dan secara tidak langsung mempercepatkan murid menguasai bacaan Al-Quran dalam masa yang singkat.

Guru-guru pendidikan islam yang telah menyertai seminar tersebut sangat bersyukur dan bertuah diberi pendedahan Kaedah Haraki yang telah disampaikan oleh Pengasas Kaedah Haraki, Ustaz Hj Zakaria Nasirudin sendiri. Mereka sangat teruja dan bersemangat untuk mengaplikasikan pembelajaran Al-Quran Kaedah Haraki di sekolah masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada Guru Pendidikan Islam (GPI) PPD Tanah Merah, Kelantan. Semoga amanah ini menjadi tanggungjawab setiap GPI sekolah rendah untuk memastikan murid mampu membaca Al-Quran sebelum tamat tahun 6. 

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama