Skip to content

Pelajar di SMAR Orang Asli Nurul Hidayah Teruja Dalami Al-Quran Guna Kaedah Haraki

Loading

Pengasas Kaedah Haraki, Ustaz Zakaria Nasiruddin komited dalam membantu umat Islam membaca al-Quran dengan lancar menggunakan pergerakan tubuh badan atau Total Physical Response (TPR)

Inisiatif ini memudahkan pelajar memahami apa yang disampaikan oleh guru dan membantu pelajar mengenali dan membaca huruf hijaiyah yang bersambung dan pelbagai baris dalam masa yang singkat. 

Program yang melibatkan 44 orang pelajar orang asli dan 7 orang guru itu mendapat sambutan yang baik. Pelajar sekolah ini dipilih kerana mereka akan menjadi pendakwah Orang Asli Islam di seluruh perak. 

Pelajar sekolah ini hanya mampu menghafal beberapa surah dalam al-Quran dan bacaan solat yang ditulis dalam tulisan rumi. Meskipun mereka sudah berada di Tingkatan 4 dan 5 namun mereka belum mahir membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid.

Akhirnya, program ini mampu menarik minat para pelajar untuk mendekatkan diri dengan al-Quran kerana dengan adanya inovasi Kaedah Haraki yang unik dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran. 

Pada 11 April ini Ustaz Zakaria akan menyambung pembelajaran dan pengajaran untuk sesi ke 2 di sekolah tersebut. 

Sumber: mediavariasi 

>>https://mediavariasi.com/2023/04/44-pelajar-orang-asli-teruja-dalami-al-quran-guna-kaedah-haraki

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki