Skip to content

PAHALA BESAR membaca Al Quran walaupun sebaris ayat

Loading

“Sesiapa yang boleh membaca Al-Quran itu satu nikmat dan anugerah yang cukup besar”. Sebagai ummat Islam kita seharusnya membaca Al quran setiap hari dan jangan meninggalkan rutin membaca Al quran walau sehari. Pada individu yang baru ingin memulakan langkah belajar Al Quran, teruskan niat untuk belajar dan jangan malu walaupun baru mengenali huruf- huruf hijaiyah.

Biarlah bacaan yang dibaca tersebut gagap dan merangkak-rangkak, kerana kesusahan untuk belajar Al-Quran memberikan pahala yang besar. Tidak kira siapa pun kita, sebagai ummat Islam kita wajib untuk belajar Al Quran. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk betulkan bacaan dan memantapkan bacaan Al Quran.

Umat Islam pada masa kini banyak belajar tentang urusan dunia, tetapi tidak ada masa untuk belajar tentang Al-Quran. Kesibukan urusan dunia menyebabkan Allah swt menyulitkan setiap urusan yang dilakukan kerana masa banyak dihabiskan dengan urusan dunia. Oleh itu, sebagai umat islam kita perlu mengambil ruang dan masa untuk belajar Al Quran serta membaca Al Quran walaupun sebaris ayat agar kehidupan kita dipermudahkan dan hidup lebih berkat.

Alhamdulillah, boleh dilihat sekarang ramai yang mula sedar dan mula untuk belajar Al-Quran. Terdapat banyak platform bagi yang sesiapa yang berniat untuk belajar Al Quran seperti live mengaji, rancangan televisyen dan radio tentang mengaji Al-Quran dan kelas- kelas pengajian Al Quran. Kebanyakan kelas pengajian Al Quran mengajar teknik dan cara yang mudah bagi mereka yang tidak mengenal huruf dan ingin memantapkan bacaan mereka dengan tajwid.

Suasana pada Bulan Ramadhan menghangatkan lagi semangat ummat Islam untuk mula belajar dan baca Al Quran sehingga khatam. InshaAllah dengan memulakan langkah belajar Al Quran secara konsisten, pasti Allah memudahkan urusan untuk khatam Al-Quran sehingga tamat. Nabi Muhammad SAW juga ada sebut sebaik baik manusia adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang ramai.

Semoga Allah SWT memasukkan kita ke dalam syurga-Nya dengan syafaat Al-Quran. InshaAllah, Aamin Ya rabb.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki