Skip to content

Nuzul Al Quran 2022: 17 Ramadhan 1443 Hijrah

Loading

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul Al-Quran?

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa penurunan ayat pertama Al-Quran daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang digunakan pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M. Peristiwa ini berlaku sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.

Dari segi bahasa, perkataan “Nuzul” bermaksud turun, atau menetap di suatu tempat. Dari segi Istilah pula, “Nuzul” bermaksud penurunan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dengan cara-cara tertentu. Peristiwa Nuzul Al-Quran, atau Penurunan Al-Quran merupakan peristiwa yang penting dalam sejarah Islam. Hal ini kerana ini menandakan bahawa bermulanya tugas Nabi Muhammad sebagai penyampai wahyu daripada Allah, iaitu Rasul Akhir Zaman.

Bilakah Peristiwa Penurunan Al-Quran berlaku?

Terdapat dua pendapat yang menyatakan Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan ianya berlaku pada 24 Ramadhan malam Isnin (13 Ogos 610 M). Namun, kelaziman terletak pada pendapat pertama iaitu pada 17 Ramadhan, seperti yang disambut di Malaysia ini. 

Pada ketika ini, Nabi Muhammad yang berusia kira-kira 40 tahun mengasingkan diri daripada perbuatan jahiliyah masyarakah Jahiliyah Mekah dengan beribadah di Gua Hira’ dan akhirnya didatangi Malaikat Jibrail a.s dengan membawa wahyu pertama, menandakan kerasulan baginda, pembawa rahmat kepada alam, penyampai wahyu kepada umat baginda.

Sesungguhnya, Al-Quran itu suatu mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW bukan hanya kepada baginda tetapi untuk seluruh umat manusia sehingga hari kiamat. Sebab, di dalamnya (Al-Quran) terhimpun semua perkara termasuk tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan 1001 perkara lagi. Oleh itu, Al-Quran adalah al-hidayah, rahmat, as-syifa’ (penawar), nur (cahaya), al-furqan (yang dapat membezakan) antara haq dan batil, al-zikr dan pemberi penjelasan kepada manusia di dunia ini.

Cara bagaimana Al-Quran diturunkan?

Al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia NAMUN diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat- peringkat ke atas baginda, kerana oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran) .”

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki