Skip to content

Mudahnya dapat PAHALA! Amalan Sunat Pada Hari Jumaat

Loading

056acd8f6abbcd2245f09bf65c372ef8

Salam Jumaat buat pembaca Blog Haraki. Hari Jumaat merupakan hari yang digelar sebagai Saiyyidul Ayyam atau penghulu segala hari. Panggilan istimewa ini diberikan pada hari Jumaat kerana terdapat banyak keberkatan yang boleh diperolehi dalam hari Jumaat. Lebih istimewa terdapat amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari tersebut.

AMALAN-AMALAN SUNAT PADA HARI JUMAAT:

SELAWAT

Sangat digalakkan untuk kita sebagai umat nabi Muhammad berselawat kerana selawat merupakan tanda kasih dan ingatan kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:

Perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”. (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

BERSEDEKAH

Sedekah merupakan amalan yang paling mulia terutamanya bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari-hari lain. Bersedekah merupakan antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta. Harta yang diberi dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia.

MANDI SUNAT

Amalan sunat pada hari Jumaat yang boleh dilakukan adalah mandi sunat Jumaat. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah yang bermaksud:

“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang”

POTONG KUKU

Sebagai umat Islam, kita perlu menjaga kebersihan diri. Memotong kuku merupakan salah satu amalan untuk menjaga kebersihan diri. Untuk mendapat amalan sunat potonglah kuku pada hari jumaat kerana makan menggunakan tangan merupakan sunnah dan menjadi keperluan untuk menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan kekotoran daripada kuku masuk ke dalam mulut.

MEMBACA SURAH AL-KAHFI

Surah Al-Kahfi merupakan surah yang menjadi pilihan untuk pembaca Al-Quran kerana surah ini mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh didapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri dari fitnah dajjal. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat”. (Hadis Riwayat al- Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

AMALKAN ZIKIR DAN DOA

Ramai yang terlepas pandang tentang amalan ini kerana rata-rata berfikiran zikir dan doa hanya boleh dilakukan setelah selesai solat walhal amalan ini sangat lah digalakkan sewaktu kita ingin memulakan suatu pekerjaan dan juga pengakhirannya.

Para ulama juga bersetuju bahawa pada hari Jumaat terdapatnya waktu paling mustajab yakni diterima oleh Allah SWT dalam memenuhi doa hambaNya iaitu antara dua khutbah. Ianya adalah ketika imam duduk antara khutbah pertama dan juga khutbah kedua.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki