Skip to content

Mitos Atau Fakta Mengenai Air Maulihayat?

Loading

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai istilah tersendiri untuk memberi gambaran mengenai tahap kegemilangan peradaban dan kemajuan hidup yang dicapai oleh mereka. Istilah ‘tamadun’ paling popular digunakan dalam masyarakat Melayu untuk menceritakan mengenai kebudayaan, kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa.

Dalam sejarah tamadun manusia, terdapat satu mitos yang sangat popular iaitu AIR MAULIHAYAT. Air ini bukan sebarang air kerana dikatakan dapat memberikan kehidupan abadi. Setiap tamadun mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Tamadun Yunani mengatakan air tersebut adalah air minuman para dewa-dewi yang diambil dari tanduk seekor kambing. Bagi Tamadun India pula mereka gelarnya sebagai soma sejenis susu penapaian. Manakala Tamadun Kristian memanggilnya sebagai Holy Grail, air cawan yang kononnya diminum oleh Jesus (Nabi Isa AS) di dalam peristiwa The Last Supper.

Kesemua ini menatijahkan kepada kehidupan abadi. Tamadun China lebih rancak. Para ahli al-kimianya berlumba-lumba mengadakan penyelidikan air kehidupan abadi ini. Maharaja ketika itu, Qin Shi Huang sangat obses dengan air ini. Akhir sekali mereka berjaya menemukan “air abadi” ini tetapi Maharaja Qin mati sejurus meminum air abadi tersebut dan ironinya baginda mati pada usia yang muda iaitu 39 tahun. Rupa-rupanya air tersebut adalah sulfilda yang mengandungi kandungan toksik yang amat tinggi. Gilakan mereka?

Dalam tamadun Islam pun ada juga, dikatakan Zulkarnain dan Nabi Khidir diberi pilihan, sama ada kehidupan panjang (abadi) atau kerajaan yang hebat. Nabi Khidir memilih maulihayat manakala Zulkarnain memilih yang disebaliknya. Namun perkara ini tidak pernah tercatat dalam hadith-hadith sahih.

Tiada ubat yang boleh menyebabkan kita hidup abadi. Tetapi ada ubat yang dapat sembuhkan penyakit-penyakit. Antara ubat yang dapat menyembuhkan penyakit adalah SEDEKAH, berdasarkan hadith,

“Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (HR. Abu Dawud, At Thabarani dan Al Baihaqi, dihasankan oleh Syaikh Al-AlBani dalam Shahihul Jami’).

Kepada anda yang tercari-cari ubat untuk sembuhkan penyakit,  jom memperbanyakkan sedekah dan yakinlah akan diberikan kesembuhan Allah swt. 

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki