Kelas ngaji orang asli yang menggunakan Kaedah Haraki sangat seronok dan teruja apabila dapat bertemu dan belajar secara bersemuka dengan Pengasas Kaedah Haraki iaitu Ustaz Zakaria Nasirudin. Kelas diadakan di Masjid Bawong Sungai Siput, Perak. Pada mulanya kelas ini terhad kepada 10 orang . Namun begitu oleh kerana permintaan daripada masyarakat setempat dari kalangan kanak kanak dan dewasa maka peserta yang mengikuti kelas tersebut seramai 37 orang. Alhamdulillah,Semua peserta telah kuasai dengan baik huruf hijaiyah dan kini mereka didedahkan pula bacaan al Quran bertajwid. #KaedahHaraki#UstazMenari#orangaslinakngaji
Program Mengajar Al-Quran Kepada Orang Asli di Masjid Bawong Sungai Siput
Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki
Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.