Skip to content

Memburu 3 Sasaran

Loading

Mesti ada yang tertanya kenapa tajuk Memburu 3 sasaran ?

Hari ini kita akan bincangkan isu yang sangat penting dalam kalangan masyarakat kita adalah ramai orang yang tidak boleh membaca al-Quran dengan bertajwid, yang kedua orang yang boleh membaca al-Quran tetapi tidak boleh mengajar orang lain untuk membaca al-Quran. Contohnya kita sebagai ketua keluarga (ayah) hanya mampu membaca al-Quran untuk diri sendiri sahaja dan untuk mengajar anak sendiri tidak mahir.

Begitu juga jika seorang guru hanya pandai mengaji, khatam al-Quran dan menghafal al-Quran tetapi dia mahu mengajar orang lain dalam pembelajaran al-Quran itu ada masalah sedikit. Zaman sekarang ini, ramai orang boleh membaca al-Quran tetapi ramai yang tidak mampu mengajar al-Quran kepada masyarakat. 

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)

Matan Hadith :

عَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ.
تخريج : [صحيح البخاري , كِتَاب فَضَائِلِ الْقُرْآنِ , بَاب خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ, حديث رقم 5027].

Memburu 3 sasaran ini adalah matlamat bila kita mengajar al-Quran kebiasaannya ramai guru-guru al-Quran memburu 3 sasaran dan apa itu 3 sasaran. Contohnya apabila kita memburu 3 sasaran serentak agaknya sampai atau tidak matlamat yang kita mahukan. Ada yang memburu 3 sasaran dapat tetapi agak lambat untuk mencapai dan mengambil masa yang agak lama.

Apakah 3 sasaran itu? Sasaran yang pertama ialah boleh membaca al-Quran dengan bertajwid dan yang kedua boleh kuasai jawi dan ketiga boleh kuasai Bahasa Arab. 3 sasaran ini kebanyakkan guru lakukan seperti orang yang sama iaitu dialah guru al-Quran, guru jawi dan guru Bahasa Arab dalam satu masa.

Sekarang ini guru al-Quran yang selalu mahukan pelajar boleh membaca al-Quran, boleh Bahasa Arab dan boleh kuasai tulisan jawi. Maka sudahnya sampai sekarang orang ramai tidak boleh baca al-Quran, Bahasa Arab dan jawi dalam kehidupan seharian sebagai umat Islam.

 

Tulisan jawi hampir pupus pada zaman sekarang dan orang yang belajar Bahasa Arab pun tidak ramai dan orang yang membaca al-Quran apatah lagi, maka ini lah jadinya kerana ini realiti dalam masyarakat kita kenapa jadi begini kerana guru al-Quran ini mensasar kepada 3 sasaran.

Objektif semua tidak sama antara tiga-tiga ini, walaupun katalah ustaz dan ustazah yang sama dia boleh membaca al-Quran, tulisan jawi dan mahir Bahasa Arab tetapi pelajar belum mampu lagi untuk kuasai seperti guru mereka. Contoh Jawi ada dua objektifnya ialah murid boleh menulis dan boleh membaca tulisan jawi.

Manakala Bahasa Arab pula, objektifnya ialah murid boleh membaca Bahasa Arab, murid boleh menulis Bahasa Arab dan yang ketiga ialah murid boleh bertutur dalam Bahasa Arab. Objektif al-Quran ada satu iaitu membaca dengan betul dan bertajwid, itulah objektif.

Jika kita lihat apabila guru al-Quran mahu memburu 3 sasaran ini agak mudah atau susah ? Mestilah susah sebab kita tidak tahu target yang sebenarnya dan jika dapat agak lambat sampai sebab itu kita perlu target 1 sasaran sahaja untuk mudahkan urusan mengajar. 

Oleh itu disarankan orang yang pandai mengajar orang lain dalam membaca al-Quran terutama ustaz dan ustazah untuk tingkatkan ilmu pengajaran. Pendekatan sekarang dalam belajar al-Quran sudah banyak yang berubah yang mana sekarang kita semua boleh belajar betulkan cara bacaan menggunakan online atau website.

Semoga dengan khidmat yang kita berikan kepada umat Islam atau saudara kita akan mendapat berkat disisi Allah SWT.   

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki