Bagaimana kita mahu mendakwah dan menyebarkan ilmu yang kita ada kepada orang lain ? Apa yang anda tahu apa itu erti dakwah?
Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u, da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput.
Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialah mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk. Menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Dalam erti kata yang lain pula, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.
Pertama, jika kita mahu berdakwah jangan tunggu sempurna baru mahu berdakwah sebab apabila kita menunggu yang mana kita tidak tahu bila akan sempurna. Situasi ini sering kita temui dalam kalangan masyarakat kita apabila kita mahu belajar membaca al-Quran.
Isu ini berlaku apabila mereka tidak yakin terhadap diri sendiri dan kurang dedahan cara mengajar orang lain. Ramai masyarakat sekarang hanya belajar untuk diri sendiri sahaja dari segi huruf hijayyah dan tajwid.
Kita mesti sentiasa fikir siapa yang kita akan bantu, bagaimana kita mahu bantu mereka jika kita tidak yakin dengan diri sendiri.
Antara tips untuk membantu mereka membaca al-Quran secara bertajwid adalah kita perlu mengajar orang dengan menggunakan teknik perumpamaan atau dipanggil contoh untuk memastikan pelajar kita faham perkara yang diterangkan. Jangan terangkan perkara yang pelajar tidak nampak untuk menggelakkan pelajar itu salah faham dengan perkara yang kita terangkan.
Contoh dalam Kaedah Haraki menggunakan perkataan yang senang orang faham dan mereka boleh bayangkan. Elemen ini sangat penting untuk anak dan cucu kita jika kita mengajar mereka akan dengar sahaja walaupun mereka sedang bermain.
Perumpamaan yang kita gunakan benda yang ada di sekitar kita, dalam kaedah haraki tidak menggunakan power point. Masyarakat melayu ini suka bercerita sebab itu dalam al-Quran terdapat banyak kisah. Cerita itu menjadi orang faham dan gunakan perumpamaan semasa mengajar orang lain. Kekuatan kaedah haraki adalah cara mengajar yang unik dan santai.
Semoga kita sentiasa berikan manfaat kepada orang lain untuk lebih mahir dalam membaca al-Quran. Bersama kita untuk memandaikan Umat Islam membaca al-Quran.
No comment yet, add your voice below!