Al Quran merupakan kitab suci umat Islam, yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad Saw. Allah SWT telah menurunkan Al quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad Saw. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya merupakan satu ibadah. Al Quran merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama umat islam, di samping sunnah Rasulullah. Surah-surah pilihan dalam Al Quran memiliki banyak manfaat iaitu dari segi kesihatan dan perlindungan bagi manusia yang membacanya.
Berikut beberapa manfaat apabila Al-Quran sering dibaca didalam rumah:
- Al Quran akan mendatangkan kemudahan dalam segala urusan, baik urasan dunia mahupun di akhirat.
2. Rumah akan selalu dijaga dan dibebaskan dari gangguan syaitan.
3. Ketika di akhirat akan mendapatkan darjat yang lebih tinggi.
4. Jiwa akan menjadi tenang.
5. Rumah akan bercahaya hingga memancar pada penduduk langit.
6. Rumah akan selalu didatangi oleh para malaikat.
7. Setiap huruf yang dibaca akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.
8. Memberi manfaat untuk kedua orang tua di akhirat.
9. Al Quran merupakan menjadi syafaat atau penolong di akhirat kelak.
10. Al Quran menjadi penawar bagi semua penyakit fizikal dan hati.
11. Membaca Al Quran mendatangkan keberkahan, Rahmat dan Rezeki
12. Dijauhkan dari segala kecelakaan dan kesesatan.