Dalam kehidupan kita di dunia ini bukan semua kita tahu, jesteru itu kita perlu akur ilmu seseorang itu terhad. Memiliki ilmu pengetahuan menjadi asas penting menjalankan tugas sebagai khalifah kerana agak sukar seseorang yang tidak berilmu melaksanakan apa yang di perintahkan dengan sempurna.
Beliau memetik sabda Rasulullah SAW: “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam, lelaki dan perempuan.”
“Justeru, dalam hidup ini setiap saat dan di mana juga kita berada tiada istilah untuk berhenti belajar. Imam Al-Ghazali berkata, belajar atau menuntut ilmu sangat penting dan menyifatkan ia sebagai perkara yang terpuji,” katanya.
Jika kita minat dalam satu bidang kita perlu ada kemahiran dan ilmu dalam bidang tersebut. Jika pakar mereka akan belajar dengan lebih mendalam dan kepakaran mereka ini menjadikan kita lebih percaya disebabkan oleh ilmu yang mereka perolehi.
Apabila kita tiada kepakaran dalam dalam sesuatu perkara, kita perlu bertanya kepada orang yang lebih pakar untuk mendapatkan kepastian. Bak kata pepatah “Malu bertanya sesat jalan.
Jika kita malu bertanya kita akan ketinggalan, apabila kita tidak reti mengaji kit perlu bertanya orang lain agar kita tidak habiskan usia kita dengan perkara yang tidak berfaedah dan meninggalkan al-Quran semasa kita hidup.
Apabila kita mahir membaca al-Quran, ada seseorang yang bertanya untuk menyuruh kita mengajar mengaji dan jika kita mengajar orang lain maka ilmu kita tidak akan habis sehingga akhir hayat kita. Seorang guru yang mengajar al-Quran perlu kenalpasti setiap pelajarnya dan tahap bacaan mereka.
Jangan mengajar mereka apabila kita tidak tahu tahap setiap pelajaragar mereka tidak keliru dengan setiap pembelajaran yang mereka belajar. Semoga kita bersama-sama memandaikan umat Islam membaca al-Quran.
No comment yet, add your voice below!