Skip to content

Malaysia Tanah Air Kebanggaanku

Loading

Dilahirkan setelah merdeka membuatkan kita berasa syukur yang sangat mendalam. Rasa serba cukup dari segi pendidikan, pakaian, makanan dan yang paling utama ialah keamanan yang kita rasai masa kini. Pendidikan yang didapati di Malaysia dari pelbagai peringkat umur, kanak-kanak hinggalah warga emas semuanya ada di Malaysia. Pendidikan yang diterima melahirkan masyarakat yang berilmu. 

Selain itu, perubahan pakaian masyarakat terdahulu dengan sekarang sangatlah berbeza tetapi identiti melayu masih dibawa sehingga kini. Pakaian rasmi bagi kaum lelaki di Malaysia seperti baju Melayu dan kaum perempuan baju kurung masih dibawa sehingga kini tidaklah mengira kaum. Kaum Cina dan India juga kadangkala menyambut perayaan Hari Raya dengan harmoni dan berpakaian sama seperti kaum melayu.

Disamping itu, makanan kaum melayu juga mendapat sambutan dikalangan kaum lain dan saling menerima adat masing-masing. Hal ini membuatkan masyarakat bersatu hati dan menghormati budaya dalam setiap kaum. Hidup kejiranan juga lebih bererti dan bahagia apabila saling memahami cara dan gaya hidup sesebuah kaum. 

Akhir kata, Malaysia capai keamanan apabila sesebuah kaum faham akan hidup kejiranan dan faham akan setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Tanggungjawab setiap masyarakat akan menjadikan negara Malaysia makmur dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki