Skip to content

Malam Penuh Kemuliaan (Malam Lailatulqadar)

Loading

Bulan Ramadhan ini dimuliakan dan menjadi penghulu segala bulan kerana bulan Ramadhan turunnya al-Quran dan yang berkaitan dengan al-Quran pasti akan di muliakan. Malam Lailatulqadar dimuliakan kerana malam itu turunnya al-Quran berbeza dengan malam-malam yang lain. Malaikat Jibril dimuliakan dari malaikat yang lain yang membawa wahyu dan membawa al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w di muliakan kerana menerima al-Quran dan sama juga bagi mereka yang sentiasa bertadabur dengan al-Quran dan mengulangkaji juga dimuliakan kerana mendekatkan diri dengan al-Quran.

Lailatulqadar merupakan satu malam yang khusus terjadi pada bulan Ramadan. Ayat al-Quran diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Quran dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.

Malam ini tidak diketahui waktunya secara tepat namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, ke-ke-23, ke-25, ke-27 atau ke-29, dan ini merupakan pandangan jumhur ulama dan umat Islam. Ada juga sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke-22, ke-24, ke-26, ke-28 atau ke-30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat waktu Lailatulqadar adalah tetap, iaitu pada malam ke-27.

Antara kelebihan Malam Lailatulqadar adalah: 

1. Orang yang pasti mendapat sebahagian lailatulqadar ialah orang yang solat fardu maghrib dan Isyak secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah.

2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam lailatulqadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiamullail separuh malam; Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

Amalan yang dilakukan semasa Malam LailatulQadar:

1. Bagi orang yang mendapat lailatulqadar ucapkanlah:

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”

2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.

3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)

4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki