Skip to content

Malam Lailatul Qadar

Loading

Pada bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah S.A.W di antaranya firman Allah SWT:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Ayat di atas iaitu ayat satu hingga tiga dalam Surah Al-Qadr, Allah swt menyebut Lailatul Qadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan lebih kurang 83 tahun. Sesiapa sahaja yang beribadah pada malam tersebut, mereka akan memiliki pahala beribadah selama 1,000 bulan atau 83 tahun.

Secara umumnya, waktu sebenar malam Lailatul Qadar tidak diketahui secara tepat. Namun hikmah waktu sebenar malam ini dirahsiakan agar umat Islam sentiasa beristiqamah melakukan ibadah di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadan.

Terdapat Hadis Nabi yang menyebut:

“Carilah malam lailatul Qadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis yang disebutkan di atas, Rasulullah mengisyaratkan agar umatnya untuk mencari malam Lailatul Qadar pada malam  ganjil iaitu 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Malam-malam ganjil yang tersebut ialah pada malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

  1. Suasana pagi yang tenang
  • Salah satu tanda Lailatul Qadar adalah, pada keesokan paginya suasana pagi yang begitu tenang sekali. Cuaca pada pagi itu agak nyaman berbanding hari-hari sebelumnya.
  1. Matahari yang cerah namun tidak terasa bahangnya
  • Selain itu, pancaran matahari pada keesokan paginya yang bersinar cerah namun tidak terasa terik akan bahangnya.
  1. Pada Malam tersebut udara yang begitu tenang

Doa malam Lailatul Qadar

Doa Malam Lailatul Qadar yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam al-Qadr. Berikut doa malam lailatul qadar:

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

 Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii 

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki