Skip to content

Malaikat Tukar Shift: “Aku Tinggalkan Hamba Mu dalam Keadaan Dia..”

Loading

Pengenalan

Salah satu rukun iman adalah percaya kepada Malaikat. Maka wajib bagi setiap umat Islam untuk beriman kepada Malaikat, di mana kita perlu mengetahui bahawa Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang dijadikan daripada cahaya. Malaikat tidak bersifat seperti manusia dan Malaikat ialah makhluk yang menjalankan perintah Allah tanpa soal; mereka sangat taat dan patuh.  Jumlah Malaikat terlalu banyak, namun kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya. (Jibril, Raqib, Atib, Izrail, Mikail, Israfil, Mungkar, Nankir, Malik dan Riduan)

Tahukah anda bahawasanya setiap hari ada Malaikat yang menjaga kita? Dan mereka akan bertukar shift, kemudian memberi “report” kepada Allah SWT. 

Nota: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Perkara tersebut (Malaikat memberi laporan) hanyalah aturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan ia merupakan salah satu tugas Malaikat.

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata. Telah menceritakan kepada kami Malik dari Abu az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Para malaikat malam dan siang silih berganti mendatangi kalian. Dan mereka berkumpul pada waktu solat Fajr (Subuh) dan Asar. Kemudian malaikat yang bermalam di kalangan kamu naik. Lalu Allah SWT bertanya kepada mereka, dan Allah lebih mengetahui keadaan mereka itu. ‘Dalam keadaan bagaimana kalian tinggalkan hamba-hambaKu?’ Para malaikat menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan sedang mendirikan solat. Begitu juga saat kami mendatangi mereka, mereka sedang mendirikan solat.”

Penerangan daripada hadis di atas, malaikat yang datang pada waktu Subuh akan ada bersama dengan kita sehingga waktu Asar. Kemudian dia akan naik ke langit.

Kemudian malaikat yang datang pada waktu Asar akan ada bersama dengan kita sehingga waktu Subuh. Kemudian dia akan naik ke langit.

Itulah dua ‘shift’ yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada malaikat. Esoknya, malaikat yang lain pula akan turun untuk menjaga kita, bukan malaikat yang sama. Ini menunjukkan kekuasaan Allah, betapa banyaknya makhluk yang bernama malaikat.

Kesimpulan

Cuba tanya diri kita sendiri, kita mahu buku laporan yang bagaimana? Laporan yang cantik atau tidak?

Mestilah yang cantik, kan? Kerana itu jugalah waktu solat Subuh dan Asar seeloknya dilakukan secara berjemaah. Dan setelah itu diiringi pula dengan amalan-amalan tambahan yang lain. Jadi kita pilih, ayat yang bagaimana kita ingin Malaikat laporkan kepada Allah SWT? Marilah kita sama-sama berdoa agar laporan malaikat nanti berbunyi begini..

“Aku meninggalkan hamba Mu dalam keadaan dia merasa manis beribadat kepada Mu…”

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki