Pelancaran Projek Mega Wakaf Al Quran Haraki

Mar 29, 2022 | Info

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, Usrah Haraki Sdn Bhd dengan kerjasama Pertubuhan Usrah Prihatin Negeri Perak akan mengadakan Projek Mega Wakaf Al Quran Haraki iaitu pada 2 April 2022 jam 10 pagi hingga 11 pagi bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

Projek Mega Wakaf ini menyasarkan target yang besar untuk kali ini iaitu sebanyak 50,000 naskah Al Quran wakaf sepanjang program ini berlangsung dari April hingga ke penghujung tahun ini. 

Projek ini bertujuan untuk mengajak Tuan/Puan bersama-sama menyertai kempen berwakaf bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas, sekolah, tahfiz, pondok, masjid, surau dan tempat-tempat yang memerlukan. Inilah peluang bagi pihak Tuan/Puan untuk membeli atau menyumbang sambil beramal. 

Rasulullah Bersabda : “Apabila seseorang mati, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu wakaf, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh: Hadis Riwayat Muslim.

Projek Mega Wakaf  Al Quran Haraki ini juga membuka peluang kepada anda semua untuk GANDAKAN PAHALA bersempena bulan Ramadhan ini dengan berwakaf Al Quran untuk diri sendiri, buat yang tersayang yang masih hidup atau yang sudah tiada.

Al-Quran yang digunakan adalah Al Quran Waqaf Ibtida’ saiz A4 (berwarna), dimana ia memudahkan orang dewasa dan warga emas membaca Al Quran bertajwid. Dengan berwakaf 1 naskah Al Quran (RM60), Tuan/Puan boleh mewakafkan untuk 4 penama. 

Jadi, jangan ketinggalan untuk mengikuti Pelancaran Projek Mega Wakaf Al Quran, Jumpa anda di sana! 🥰


(KLIK DISINI) sekiranya Tuan/Puan berminat untuk berwakaf bersama kami

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama